Usah ikut jejak Dr Mahathir musnah bangsa kata Kamarulazman

SHAH ALAM: Rakyat tidak usah bernostalgia dan mengagung-agung Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berlebih-lebihan sehingga menjadi agen pemusnah bangsa, demikian kata seorang bekas pengasas parti itu.

Kamarulazman Habibur Rahman atau Cikgu Kamarul berkata, tindakan mantan perdana menteri itu dipengaruhi oleh orang-orang di sekelilingnya.

Dr Mahathir, 92, kini menerajui pakatan pembangkang dan bakal menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

"Saya dengan jelas katakan bahawa beliau (Dr Mahathir) sudah tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri.

"Kita tidak perlu bernostalgia dan mengagung-agungkan Tun sehinggakan melebih-lebih sangat," ujarnya.

Kamarulazman berkata, beliau meninggalkan PPBM kerana hendak memastikan ingatan beliau mengenai Dr Mahathir sebagai bekas perdana menteri dan bukannya sebagai agen pemusnah bangsa.

"Saya berpandangan, sudah tiba saya meninggalkan Tun bukan kerana benci tetapi mahu mengekalkan ingatan bahawa beliau pernah menjadi perdana menteri suatu ketika dahulu.

"Bukannya saya terjebak dalam gerabaknya yang mana menghancurkan bangsa saya sendiri dan tidak mahu menjadi agen kepada perpecahan bangsa," kata beliau dalam siaran FB Live yang disiarkan dalam Facebook bekas pemimpin Srikandi PPBM, Anina Saadudin hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana