Najib yakin menang besar PRU14....Insyallah BN Menang Besar

Selepas seminggu berkempen, Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu depan.

Perdana Menteri berkata ia berdasarkan tinjauan beliau semasa singgah di beberapa negeri serta daripada taklimat pemimpin Umno di setiap tempat yang dilawatinya sejak kempen PRU14 bermula selepas hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Beliau berkata ini termasuk mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di Pulau Pinang yang dilawatinya pagi Sabtu.

“Selepas itu saya terbang ke Ipoh dan berkereta ke Sungai Siput, dalam dewan itu boleh dikatakan sesak dengan orang sehingga tak cukup kerusi untuk duduk, dan orang terpaksa berdiri, laluan jalan kaki pun penuh dengan penyokong dan saya diberitahu di sini kita ada peluang baik untuk rampas semula.

Insya-Allah kalau ini berlaku kita boleh menang besar dengan syarat semua kerusi yang kita ada, kita dapat pertahankan,” katanya di majlis santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peramu Jaya, di sini, malam tadi dipetik Malaymail Online.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon BN bagi kerusi DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sheikh Mohamed Puzi Sheikh Ali.

Najib, yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan, berkata beliau begitu terangsang dengan perkembangan terbaru berkenaan.

“Tanggungjawab saya sebagai Pengerusi BN sudah tentu merentasi seluruh negara kita dari Perlis sampai ke Sabah, dan sudah tentu yang berlegar dalam kepala saya bukan sahaja keadaan di Pekan tetapi bagaimana kita boleh capai bilangan kerusi yang cukup untuk tubuh kerajaan yang kuat,” katanya.

Najib berkata beliau juga tidak mengambil peduli berita-berita yang dimuatkan pembangkang di media sosial kerana kebanyakkan adalah berita palsu, menggambarkan kononnya mereka mempunyai penyokong yang kuat.

Dakwanya, salah satu taktik pembangkang adalah membawa pengundi dari luar untuk mendengar ceramah mereka.

“Saya difahamkan mereka bawa pengundi dari luar lepas itu ambil gambar dan dimuatkan dalam media sosial bahawa inilah kekuatan mereka, ini taktik mereka.

“Saya nak beritahu kita tak guna taktik itu, kita guna pengundi tempatan sahaja dari situ kita dapat lihat kekuatan kita, dan memang kita ada kekuatan tempatan,” katanya.

Tambahnya, BN tidak perlu menggunakan permainan persepsi sedemikian untuk menipu atau memberi gambaran palsu kepada pengundi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana