Najib kecewa dengan senior UMNO yang khianati parti...Dasar Tak Sedar Diri Lah Tu

Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan beberapa anggota senior UMNO yang sanggup mengkhianati parti dan perjuangan bersama selama berdekad lamanya pada waktu getir UMNO menghadapi pilihan raya umum.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau tidak percaya individu-individu ini sanggup berbuat demikian sedangkan mereka telah mendapat pelbagai manfaat daripada parti.

"Malangnya ada orang dapat macam-macam daripada UMNO, jawatan tinggi, pendapatan yang kaya tapi sanggup dia tikam UMNO dalam saat-saat macam ni," katanya di hadapan 600 veteran badan bukan kerajaan di kediaman Sri Kenangan di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad dan calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14, Datuk Seri Sh Puzi Sh Al.

Najib yang akan pertahankan kerusi Parlimen Pekan berkata beliau bagaimanapun 'tabik' kepada pemimpin-pemimpin veteran yang hadir pada majlis berkenaan kerana mesra dengan parti sejak beliau menjadi anggota Parlimen Pekan dari tahun 1976.

"Tuan-tuan dan puan-puan tak dapat apa-apa, adalah dapat ikut rezeki masing-masing tetapi saya tabik kesetiaan tuan-tuan dan puan-puan semua, tuan-tuan dan puan-puanlah pejuang sejati yang kasih dan sayang kepada UMNO dan BN," katanya.

Najib turut mengimbau kenangannya bersama beberapa pemimpin veteran parti yang turut hadir hari ini sewaktu beliau memulakan kariernya dalam politik selepas pulang daripada mengikuti pengajian di United Kingdom pada usia 27 tahun.

Beliau berkata hubungannya dengan pemimpin-pemimpin veteran di sini begitu mendalam, dan dengan hubungan inilah, beliau yakin akan terus menjadikan kawasan Parlimen Pekan sebagai bumi BN.

"Dari sinilah, di Kampung Langgar dan Kampung Jambu inilah semuanya bermula. Saya tak akan meninggalkan perjuangan (ayahanda) Allahyarham Tun Razak Hussein, dalam apa jua keadaan.

"Sebab memang kalau nak cerita sejarah saya di Pekan sejak 1976, selepas Allahyarham Tun Razak kembali ke rahmatullah, perjalanan sepanjang 42 tahun ini tentu banyak cerita suka dan duka, kenangan manis, hubungan peribadi dan hasil perjuangan kita bersama sejak dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana