Mahathir Larang Orang Undi PAS, Tapi Kenapa Melawat Kubur?

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad dalam ceramahnya ketika kempen PRU14 banyak kali halang rakyat dari mengundi parti PAS yang kini jadi anggota blok ketiga politik. PAS bersama dalam Gagasan Sejahtera dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Beliau kata, jika rakyat undi Pas parti Islam itu akan memecahkan bilangan undi untuk PH seterusnya akan menyebabkan sokongan ke atas pakatan menurun dan akhirnya akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, pada Sabtu lepas, Mahathir buat pengundi dan penyokong PAS jadi keliru kerana beliau menziarah kubur bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan merancang melawat kubur Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada hari itu, Mahathir sempat melawat kubur Fadzil dan kubur Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang terletak di Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena, Kedah. Hasrat untuk menziarahi kubur Nik Aziz terbantut kerana keluarga bekas Menteri Besar Kelantan itu menghalang niat itu dengan mengunci tanah perkuburan Pulau Melaka itu.

Ia adalah satu sandiwara licik untuk mengambil hati anak kepada dua pemimpin PAS itu kerana dua anak mereka bertanding untuk PH di dua kerusi bnerasingan. Anak Fadzil Noor, Muhammad Faiz ialah calon PH dari PAN bagi kerusi DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang Manakala, anak Nik Aziz, Nik Omar bertanding kerusi DUN Cempaka di Kelantan.

Penyokong PAS sudah keliru kerana Mahathir begitu benci kepada Pas dan tuduh parti itu akan pecahkan undi. Jika tidak suka kenapa melawat kubur-kubur mereka? Sebenarnya Mahathir dalam erti kata lain cuba buat serentak, dua damage control dalam isu ini.

Pertama, dalam satu daripada ceramahnya sebelum ini pada 3 Mei, di PPR Kerinchi, Pantai Dalam mengatakan bahawa mangsa tragedi serangan Kampung Memali di Baling sebenarnya mati katak dan bukan mati syahid.

Kita tidak mempersoalkan cara kematian mereka, cuma kalau kata mereka mati katak itu adalah keterlaluan dan biadab bagi seorang umat Islam.

“Dia macam-macam keluarkan (kenyataan) termasuk Amanat Haji Hadi. Amanat Haji Hadi ringkasnya menyuruh orang dia (PAS) bunuh pegawai kerajaan. Kononnya kerajaan kafir. Sebab itu dia menentang kerajaan kafir.

“Orang dia (PAS) kalau mati dalam melawan kerajaan kafir ini, akan mati syahid. Dengan itu di Memali, mereka menembak mati 4 orang polis. Selepas itu barulah polis buat serangan balik. Dan mereka (penduduk kampung) juga mati 14 orang.

“Bukan mati syahid. Mati katak,” katanya.

Beliau bimbang akan kalah pada pilihan raya nanti di Langkawi kerana di Kedah ramai ahli dan penyokong setia Pas. Mahathir pun buat lawatan ke kubur Fadzil Noor dan Azizan sejukkan hati penyokong Pas. Mahathir siap buat kenyataan bahawa Fadzil Noor diibaratkan sebagai Penasihat Agama kepadanya.

Penyokong PAS jangan tertipu dengan sandiwara Mahathir yang licik ini. Dia melawat kubur Allahyarham Fadzil Noor dan Azizan bukan sebab hendak menyejukkan penyokong PAS tapi Mahathir hendak beri penghormatan kepada dua calon PH iaitu Muhammad Faiz dan Nik Omar.

Itu sahaja… tidak ada kena mengena dengan PAS langsung.

Kebetulan dua orang calon PH itu adalah anak kepaa dua bekas pemimpin PAS yang lama dan amat dikenali.

Jika benar, Mahathir menziarahi kubur itu atas dasar Islam, 16 tahun lepas ketika Fadzil Noor meninggal dunia, kenapa Mahathir tidak lawat pada masa itu. Ketika itu, hanya Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Timbalan Perdana Menteri pada masa itu yang menziarahi jenazah Fadzil.

Semasa 16 tahun itu juga, kenapa Mahathir tidak lawat. Apabila bertanding dalam PRU14, Kenapa sekarang baru ziarah kubur mereka??

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana