Lee Kim Yew dijemput ke sisi penerangan 1MDB

Ahli perniagaan pro pembangkang Tan Sri Lee Kim Yew, dijemput menghadiri sesi penerangan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pondok KRT, Taman Lucky Bangsar malam ini.

Program 'Sesi Penerangan dan Soal Jawab 1MDB' itu dijadual bermula jam 8.15 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, beliau akan bersikap terbuka atas prinsip 'berani kerana benar' dengan menerangkan segala keraguan berhubung isu membabitkan 1MDB dalam program penerangan itu.

"Saya dengan rendah diri dan hati terbuka mengalu-alukan kehadiran Kim Yew pada Sesi Penerangan dan Soal Jawab 1MDB malam esok," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kim Yew menerusi satu sesi temuramah yang dikendalikan portal berita tempatan, semalam, dilaporkan menyamakan isu 1MDB dengan wabak penyakit yang perlu ditangani oleh kerajaan walaupun sebelum ini hanya dilabel sebagai 'pentadbiran syarikat yang lemah'.

Pengasas Country Heights Holdings Bhd itu turut meminta kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk menyelesaikan kegagalan 1MDB supaya negara boleh bangkit sekali lagi.

Dalam temuramah itu juga, Kim Yew mendakwa isu 1MDB adalah wabak yang menjejaskan rakyat Malaysia dan negara jiran terutama Singapura.

Arul Kanda sebelum ini membidas sikap pemimpin pembangkang yang mengkritik syarikat pelaburan strategik negara itu tetapi gagal hadir dalam sesi ceramah dan penerangan meskipun dianjurkan di kubu kuat mereka.

Katanya, walaupun beliau sedaya upaya menerangkan segala keraguan berhubung isu membabitkan 1MDB menerusi program penerangan terutama di kawasan dikuasai parti pembangkang, kelibat pemimpinnya tidak juga kelihatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana