Kunci mati... Najib umum tiga khabar gembira jika BN menang

Selain dari berbagai tawaran dalam manifesto Barisan Nasional, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan khas mengakhiri kempen BN untuk pilihan raya umum ke 14 mengumumkan tiga khabar gembira untuk rakyat Malaysia.

Berlatar belakangkan rumah ayahnya, Tun Razak Hussein di Peramu Pekan Pahang, Najib berucap selama 35 minit di depan ribuan penyokongnya mengumumkan golongan muda berusia bawah 26 tahun yang bekerja akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya BN menang Rabu malam.

"Ini bermakna orang muda yang bekerja yang berusia 26 tahun ke bawah, tidak kira banyak mana pendapatan mereka tidak perlu membayar cukai.

"Saya tahu orang muda memerlukan wang yang mencukupi untuk pelbagai tujuan seperti membeli kereta, sewa rumah dan memberi wang kepada ibu bapa.

"Jadi sebagai sebuah kerajaan BN begitu prihatin, maka pertama kali dalam sejarah Malaysia, mereka berusia 26 tahun ke bawah tidak perlu membayar cukai.

"Pengumuman ini bermakna cukai yang dibayar tahun sudah (lepas) pun akan dikembalikan semula kepada mereka," katanya.

Beliau turut mengumumkan tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti, bagi tempoh selama lima hari.

"Dua hari sebelum raya dan pada hari raya pertama hingga ketiga," kata Najib.

Najib turut mencadangkan 13 dan 14 Mei ini sebagai cuti peristiwa sekiranya BN kembali mendapat mandat.

Perdana Menteri berkata, ia sebagai menghargai penat lelah jentera PRU-14 sama ada daripada BN mahupun pembangkang dan seluruh rakyat Malaysia.

"PRU-14 jatuh antara bulan-bulan istimewa di sisi Islam dan paling hampir Ramadan bakal muncul tidak lama lagi.

"Saya harap dengan cuti dua hari berturut-turut itu semua rakyat Malaysia terutama umat Islam dapat membuat persiapan berpuasa bersama keluarga tersayang," katanya.

Turut menemani Najib adalah ibunya Toh Puan Rahah, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak-anak serta ahli keluarga terdekat.

BN akan mengahiri kempen secara rasmi tepat jam 12 tengah malam ini dan esok mulai jam 8 pagi proses pengundian dibuat sehingga jam 5 petang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana