Jentera BN Cepat Pantas, Azmin Resah Hadapi Saingan Di P098 Gombak

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menghadapi cabaran hebat bukan sahaja di kerusi DUN N19, Bukit Antarabangsa tetapi juga di kerusi Parlimen P098 Gombak serta di DUN N18, Hulu Kelang kerana jentera Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga dan menggerakkan kempen untuk menewaskan Timbalan Presiden PKR itu.

Malam tadi, di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Enggang Utara kumpulan petugas wanita untuk BN berkumpul dan mendengar taklimat berkaitan gerak kerja kempen menjelang hari mengundi PRU14 iaitu pada 9 Mei nanti.

Calon BN untuk Parlimen Gombak ialah Datuk Abdul Rahim Kamarudin, menentang Azmin iaitu penyandang kerusi dan calon PAS Khairl Nizam. Manakala calon BN bagi DUN Hulu Kelang ialah Ismail Ahmad akan bertemu penyandang kerusi dari PAN mewakili Pakatan Harapan (PH), Saari Sungib dan calon PAS Kamalulhysham.

Bagi kerusi Parlimen Gombak, rata-rata pengundi amat terkesan dengan krisis bekalan air yang dihadapi di 427 kawasan di sekitar Lembah Kelang dan menjejaskan jutaan pengguna selama berhari-hari.

Bermacam-macam kejadian dan karenah orang ramai yang beratur untuk mendapatkan bekalan air bersih pada masa itu sehingga ada yang terpaksa berulang-alik naik dan turun di rumah pangsa untuk ambil air.

Sepanjang tempoh kempen, jentera BN yang terdiri daripada golongan muda sehingga yang sudah veteran giat berkempen untuk memastikan kemenangan calon mereka pada hari mengundi pada 9 Mei ini.

Disebabkan keakraban dan kesungguhan jentera BN di seluruh negara, sebab itu PH kini begitu giat melancarkan ceramah dengan fitnah yang lebih hebat menyerang pemimpin BN dan parti untuk menjatuhkan kerajaan.

Di kerusi DUN Hulu Kelang itu, para jentera turut mengedarkan bubur lambuk dan kit Jom Undi kepada pengguna jalan raya sebagai simbolik jika BN menang dan berjaya merampas negeri Selangor dari tangan PKR, BN akan melaksanakan manifestonya kepada rakyat tanpa mengira latar belakang dan lapisan umur. Semua akan dapat faedah.

Suasana di sekitar kawasan Keramat, begitu meriah dengan poster BN hasil dari kerja keras jentera di kawasan berkenaan.

BN begitu lengkap dari manifesto dari perancangan untuk rakyat selepas kemenangan PRU sehinggalah kekuatan dan pergerakan jentera yang lancar serta teratur.

Azmin sudah pasti ada keresahan dalam hatinya, kerana kerusi Menteri Besarnya bakal lenyap dan negeri Selangor akan bertukar kerajaan kepada BN selepas 9 Mei nanti. Di kerusi N19 DUN Bukit Antarabangsa, Azmin berdepan calon BN yang penuh semangat dan wawasan, Salwa Yunus, di kerusi P098, Parlimen Gombak, jentera BN begitu aktif dan bergerak pantas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana