Isu dakwaan skandal Mat Sabu...'Rizal Bakar' batal tampil kerana faktor keselamatan

Selepas 36 jam berlalu... individu yang mendakwa Ahli Parti Amanah Negara (PAN) 'Rizal Bakar' tampil meminta Mohamad Sabu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam bagi menyiasat perkara tersebut.

Belau mendakwa tidak dapat tampil adakan sidang akhbar seperti dijanjikan kerana faktor keselamatan.

Apapun beliau tetap mendakwa dirinya dan mendakwa ahli-ahli PAN kecewa Mat Sabu hanya berdiam diri dan jawab 'no komen' apabila ditanya wartawan.

Ibupejabat PAN sebaliknya dakwa namanya tidak ada dalam data keahlian parti itu dan tidak kenal siapa dia.

PAN hendak ambil tindakan undang-undang keatasnya.

Rizal menerusi satu kenyataan media petang Sabtu turut menampilkan beberapa keping gambar yang menunjukkan individu menyerupai Mat Sabu bersama seorang wanita tanpa tutup wajah.

Gambar yang sama sudah tersebar di media sosial sejak tiga hari lalu.

Berikut kenyataan penuh 'Rizal Bakar'.



Assalamua’laikum wrt wbt.

1. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan media kerana menghantar kenyataan ini tanpa mengadakan Sidang Media seperti yang dijanjikan. Ini adalah kerana faktor keselamatan setelah dinasihati oleh teman-teman saya serta ahli-ahli akar umbi Parti Amanah Negara.

2. Alhamdulillah. Saya berterima kasih kepada kepimpinan Parti Amanah Negara kerana memberi respon yang cepat walaupun masa yang diberi untuk Tuan Hj Presiden menjawab adalah 36 jam. Namun apa yang amat mendukacitakan adalah hal keahlian saya pula yang dipertikaikan tanpa menjawab persoalan khusus yang ditimbulkan dan penjelasan yang diharapkan. Malah, Tuan Hj Mohd Sabu (Mat Sabu) hanya menjawab ‘No komen’ bila ditanya oleh pemberita semalam dan jawapan tersebut amat mengelirukan ahli-ahli akar umbi parti.

3. Seperti yang dinyatakan pada Sidang Media tempoh hari, saya adalah peminat tegar Tuan Hj Mohd Sabu. Setelah beliau menubuhkan Parti Amanah Negara dan pelancaran diadakan di Shah Alam pada tahun 2015, saya ambil keputusan untuk bersama beliau dan  mengisi borang keahlian di tapak ceramah kawasan Kuala Kedah pada tahun 2016 serta membayar yuran keahlian pada malam tersebut. Jika data keahlian saya didapati tidak ada dalam database parti, itu bukan kesalahan saya tetapi lebih menjurus kepada salah pengurusan parti/ keahlian yang lalai.

4. Saya juga menuntut supaya Malaysiakini memohon maaf secara terbuka setelah kenyataan saya semasa Sidang Media hari Khamis lalu diputarbelitkan. Saya tidak menyebut langsung akan mendedahkan ‘video seks’ namun Malaysiakini menyiarkan dalam portal dengan tajuk sedemikian.

5. Mengulas kenyataan Khalid Samad, yang antara lain menyebut kenapa saya tidak memberi terus kepada parti atau Tuan Presiden akan bahan tersebut, saya hanyalah ahli biasa dan sukar bertemu dengan beliau yang kerap tidak berada di sesuatu tempat. Kenapa baru kini saya dedahkan? Sebabnya adalah saya baru dapat seminggu yang lalu dan oleh kerana isu ini bersangkut paut dengan dasar parti serta ajaran Islam, ia tidak boleh dilambatkan maka perlu penjelasan secepat mungkin supaya ahli-ahli tidak terus hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan tertinggi yang amat disanjungi dan dikasihi.

6. Oleh kerana Parti Amanah Negara adalah sebuah parti yang bertujuan untuk menegakkan keadilan sejagat berpandukan kepada ajaran Islam, tingkah laku sebegini rupa, jika benar, akan menjejaskan kewujudan dan intipati parti. Sebagai ahli parti, saya amat jijik dengan kemunafikan dan tingkah laku seperti ini, jika benar, kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan prinsip parti.

7. Mengambil kira akan hal ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk bertanya kepada calon Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang juga merupakan Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir, akan pendapat beliau tentang isu tingkah laku yang dikatakan melibatkan Presiden Parti Amanah Negara. Tun Dr Mahathir sentiasa menitik beratkan bahawa isu moral dan akhlak Pemimpin amat penting.

8. Tun Dr Mahathir, perlukah Presiden Parti Amanah Negara melepaskan jawatan dan menarik diri sebagai calon Parlimen Kota Raja?

9. Akhir kata, saya bagi pihak ahli akar umbi Parti Amanah Negara yang lain, mencabar Tuan Hj Mohd Sabu untuk membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam bahawa beliau bukan individu di dalam rakaman suara, gambar-gambar dan Whatsapp yang telah saya dedahkan supaya satu siasatan menyeluruh dapat dijalankan dan laporan polis tersebut harus dikongsikan kepada ahli-ahli parti, pengamal media dan umum.

Sekian Terima Kasih.

Rizal bin Bakar
Ahli Parti Amanah Negara

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana