HATI-HATI WAYANG DAP....SEDAR LAH PENYOKONG PKR

DALAM apa keadaan sekali pun, satu hakikat yang perlu ‘dihadam’ oleh pengundi negeri ini sebelum memangkah pada 9 Mei nanti adalah, gabungan pembangkang PKR yang bertuankan DAP tidak mungkin sama sekali mampu untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Sedarlah, selagi mana umat Melayu diterus berpegang kepada prinsip menjaga kedaulatan Islam, Melayu dan tanah air, DAP dalam apa keadaan sekali pun tidak mungkin dibenarkan menjadi teraju di negara ini dengan majoriti orang Melayu di Malaysia akan terus menolak kebiadaban mereka.

Bayangkanlah, bagaimana orang Melayu yang merupakan golongan majoriti di negara ini mampu memberi peluang kepada pakatan yang bersekongkol dengan DAP ketika calon-calon serta penceramah dari parti itu sanggup mencerca serta menghina pemimpin Melayu mereka sendiri yang kononnya sangat-sangat dihormati iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Bagaimana agaknya pandangan Nga Kor Ming serta Hew Kuan Yau terhadap ahli-ahli biasa, kepemimpinan di peringkat bawahan serta orang Melayu di kampung-kampung ketika Mahathir yang bergelar ‘Tun’ itu pun dihina kononnya beliau dinantikan Lee Kuan Yew untuk bermain mahjong di syurga selain dikatakan berubah perangai kerana hendak mati.

Disebabkan itu, ketika mengundi nanti, fikirkan semula sama ada tindakan menukar kerajaan negeri ketika kerajaan pusat masih berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) merupakan langkah yang bijak kerana banyak perkara yang sedang dirancang akan tergendala atas faktor tidak sehaluan atau tidak sekepala.

Perkara itu bukan tidak pernah berlaku malah kesannya terasa sehingga ke hari ini. Bayangkan, ketika kerajaan negeri pimpinan BN mempunyai perancangan mapan untuk persediaan menghadapi krisis air ekoran pertambahan jumlah penduduk dan pembangunan negeri, rakyat tiba-tiba menolak mereka lalu membenarkan pakatan pembangkang menerajui Kedah pada 2008.

Apa yang terjadi? pembangunan di negeri ini terbantut selama lima tahun lamanya. Lebih penting, masalah air kian parah disebabkan kerajaan negeri gagal mencari dana untuk menyelesaikan masalah itu.

Akibatnya pada 2013 ketika BN kembali menguasai Kedah, mereka terpaksa bermula dari kosong. Segala perancangan terpaksa dimulakan dari bawah dengan kos kian meningkat dan mujurlah kerajaan pusat bermurah hati memberi pinjaman segera berjumlah RM1 bilion bagi mengatasi masalah itu.

Justeru ketika projek untuk faedah rakyat Kedah ini bersungguh-sungguh dilaksanakan, janganlah ada yang cuba menghentikannya kembali. Ketika ini beberapa kawasan termasuk di Pokok Sena sudah merasai faedah daripada usaha kerajaan itu dengan penduduk menikmati bekalan air bersih tanpa ada masalah, sementara di kawasan lain termasuk Merbok sedang diusahakan menerusi pembinaan tiga lagi takungan air tambah membabitkan kos RM50 juta.

Bukan itu saja, pandang juga ke sempadan tanah air di mana Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) tersergam indah kini. Ketahuilah bahawa itu merupakan permulaan kepada tertubuhnya Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ)yang bakal membuka ribuan peluang pekerjaan selain menyumbang sehingga RM40 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Semua itu cuma secebis saja daripada perancangan yang mahu dilaksanakan. Ingat, usah mengundi hanya kerana sentimen, kemarahan, dan emosi yang dicucuk-cucuk puak berkepentingan sebaliknya hiduplah dalam realiti bersandarkan kepada fikiran yang waras dan tenang demi kemajuan negeri serta faedah dinikmati anak cucu sendiri.

Sedarilah, tindakan DAP menggembar-gemburkan kononnya akan berlaku tsunami Melayu tidak lebih daripada hanya sandiwara mereka mahu membentuk keyakinan masyarakat Cina kononnya gabungan pembangkang PKR itu mampu memerintah negara selepas pilihan raya umum kali ini sedangkan hakikat sebenarnya jauh berbeza. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana