DATANG CERAMAH TAK SEMESTINYA SOKONG- KU LI

UMNO dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak cemas dengan peningkatan jumlah kehadiran rakyat dalam siri ceramah Pakatan Harapan (PH) sejak kebelakangan ini.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata jumlah kehadiran orang ramai ke ceramah PH itu tidak semestinya melambangkan sokongan rakyat sudah beralih kepada pembangkang.

Sebaliknya, beliau menyifatkan situasi tersebut sebagai satu kebiasaan apabila menjelang musim Pilihan Raya Umum (PRU) kerana rakyat hanya ingin mendengar isu yang diangkat oleh blok pembangkang.

Beliau mengambil contoh Parti Semangat 46 ketika bertanding tahun 1990 yang memperlihatkan situasi yang sama pada masa kini di mana orang ramai memenuhi setiap jelajah ceramah yang diadakan tetapi akhirnya BN juga yang menang dan berjaya menubuhkan kerajaan.

Menurutnya, pengundi beragama Islam akan berfikir jika hendak mengundi pakatan pembangkang, kerana ia dikuasai DAP yang jelas menolak Islam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan keluarga veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Bukit Chekati pada Sabtu.

Semangat 46 merupakan parti politik serpihan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Tengku Razaleigh susulan kekalahan beliau kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas mengalami kekalahan pada PRU 1990 dan 1995, Semangat 46 dibubarkan setahun kemudian dengan menyaksikan pemimpinnya iaitu Tengku Razaleigh dan Tan Sri Rais Yatim kembali menyertai UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana