Dalil mengapa perlu tolak Mahathir di Langkawi...

Persatuan Pelancongan Langkawi menggariskan beberapa dalil mengapa pengundi perlu menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kawasan Parlimen tersebut esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainudin Kadir berkata, yang pertama, ketika era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan menjawat jawatan sebagai

Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menipu penduduk atau pemilik calet di Pulau Kok di sini.

Katanya, pada masa itu, kebanyakan penempatan calet telah diusahakan oleh anak Langkawi sendiri namun Dr. Mahathir membiarkan kawasan tersebut dimanopoli oleh sebuah syarikat selepas kerajaan pada masa itu membeli tanah di situ.

“Pada mulanya, kerajaan diketuai Mahathir berjanji dengan pemilik tanah untuk membangunkan kawasan itu untuk orang ramai beriadah. Tetapi sebaliknya apabila ia diambil dan dibayar dengan harga murah, kawasan itu dibiarkan dimonopoli oleh sebuah syarikat sehingga hari ini.

“Kita rakyat merasa tertipu dengan permainan Dr. Mahathir itu sehingga saat ini,” katanya dipetik Utusan.

Tambahnya, dalil seterusnya pula berkaitan kawasan perniagaan laksa ikan sekoq yang begitu terkenal di kawasan ini.

Katanya, Mahathir telah memberikan kawasan itu untuk dimajukan oleh seorang individu bergelar Tan Sri namun sehingga hari ini tidak ada apa perubahan yang berlaku sebaliknya lokasi tersebut terus ketinggalan termasuk daripada aspek infrastruktur.

“Terdapat kira-kira 20 peniaga laksa ikan sekoq di kawasan tersebut dan mereka tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang baik seperti mana yang dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri itu satu ketika dahulu,” katanya.

Tambahnya, antara sebab lain adalah berkaitan beberapa isu seperti memindahkan Pusat Kawalan Satelit, di Gunung Raya ke Cyberjaya sehingga menyebabkan kawasan itu akhirnya terbiar dan tidak terurus.

“Saya terlibat dengan sektor pelancongan di Langkawi ini sejak 31 tahun dan menyaksikan bagaimana pengurusan di pulau peranginan tersebut pada era Dr. Mahathir sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sejak Najib mengambilalih, banyak perubahan telah dilakukan khususnya dalam dasar keterbukaan dalam sektor pelancongan ini. Dulu juga bebas, tetapi kebanyakannya di kuasa oleh kroni-kroni sendiri,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru kepada pengundi supaya berfikir dengan wajar dalam membuat keputusan dalam pilihan raya ini dengan tidak terikut-ikut sentimen Dr. Mahathir yang hanya bersifat sementara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana