Zahid Mat Arip cabar Najib di Pekan? Ini Kelakar lah...Jadi Calun Kampungnya Dulu...Itu Belum Tentu Menang Lagi

KUALA LUMPUR: Zahid Mat Arip yang merupakan cucu kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba dikatakan bakal menjadi calon di Parlimen Pekan mewakili PPBM  dalam mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Pencalonan Zahid itu akan diumumkan sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas calon asal yang dipilih parti Kamarul Ariffin Mohd Shahar bersetuju untuk memberi laluan kepada bekas pegawai khas kepada Tan Sri Mohamed Isa Samad.

Perkara itu dimaklumkan Kamarul dalam satu kenyataan media, yang membuat keputusan itu selepas bertemu Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM.

Zahid juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM dan pernah dilantik sebagai pengerusi Felda.

"Tun telah menerangkan dan menjelaskan secara terperinci berkenaan strategi kami di Parlimen Pekan.

"Berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh Tun, ternyata kali ini Parlimen Pekan bakal menerima sebuah kejutan yang sekali gus bakal mengubah senario lanskap politik Malaysia," katanya.

Dr Mahathir, katanya, meminta beliau menarik diri daripada bertanding dan memberi laluan kepada orang lain.

"Saya mengangguk sebagai tanda bersetuju untuk memberikan laluan kepada Saudara Zahid Mat Arip, bagi menggantikan saya," kata Kamarul.

Media sebelum ini pernah melaporkan Zahid ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos tahun lepas untuk membantu siasatan berhubung pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching.

Beliau telah menafikan melakukan sebarang salah laku.

Tanah rancangan Felda terletak di 12 kerusi parlimen dan 27 kerusi DUN di Pahang - negeri kelahiran Najib.

Najib menyandang kerusi Pekan sejak 1976, dan pada pilihan raya umum lalu menang dengan majoriti 35,613 undian. Beliau meraih 51,278 undian menentang Mohd Fariz Abd Talib dari PKR yang memperoleh 15,665 undian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana