WAYANG APA LAGI PKR NAK MAIN – CUBAAN TIAN CHUA ALIH ISU TIDAK MAMPU TUTUP KEMELUT ANTARA WAN AZIZAH DAN AZMIN

Kepemimpinan tertinggi PKR dilihat semakin bercelaru sehingga terpaksa bermain wayang bagi mengaburi mata rakyat terhadap kemelut perebutan kerusi sesama mereka yang kian meruncing menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pergolakan besar dalam PKR dapat dilihat apabila Naib Presidennya, Tian Chua terpaksa ‘mengalih perhatian’ apabila secara tiba-tiba dilaporkan kecewa tidak dicalonkan mempertahankan Parlimen Batu sehingga mungkin mengambil tindakan drastik untuk meninggalkan parti tersebut.

Rajuk Tian Chua itu terbukti satu wayang apabila hanya berlaku untuk sementara kerana beliau kini didakwa akan kekal bersama PKR selepas kepemimpinan parti tersebut dijangka mengekalkannya untuk bertanding di Parlimen Batu.

Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar, masalah pemilihan calon timbul kerana terdapat pertembungan kuasa antara kumpulan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan kumpulan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dibantu oleh orang kanannya, Rafizi Ramli.

“Kedua-dua kumpulan ini hanya berlakon baik antara satu sama lain dan mempunyai matlamat berbeza demi kepentingan peribadi masing-masing. Perjuangan untuk rakyat yang dilaungkan suatu ketika dahulu bertukar menjadi perjuangan merebut kuasa.

“Apabila kehendak mereka tidak dipenuhi, ugutan keluar parti timbul dan kepemimpinan tertinggi PKR mungkin terpaksa ikut kemahuan individu yang dirasakan mempunyai pengaruh kuat dalam parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal propembangkang melaporkan Tian Chua mungkin akan dikekalkan di kerusi Parlimen Batu selepas spekulasi beliau bertanding di Johor tidak diterima baik penyokongnya.

Tian Chua sebelum itu dilaporkan akan meninggalkan PKR selepas ura-ura daripada kepemimpinan tertinggi PKR mahu meletakkan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bertanding di Parlimen Batu kira-kira dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, Fakhrul Azman berkata, kepemimpinan tertinggi PKR dijangka melakukan lebih banyak tindakan drastik dalam soal penamaan calon berikutan kemelut yang berlaku antara Mohamed Azmin dengan Wan Azizah.

Katanya, sikap pemimpin-pemimpin PKR yang begitu dahagakan kuasa itu akan menyebabkan lebih banyak adegan cantas-mencantas dan tikam belakang antara satu sama lain berlaku nanti. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana