TUDUH UMNO PARTI HARAM BUKTI PEMBANGKANG TERDESAK

BERA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pembangkang sebagai ‘semakin terdesak’ apabila memainkan isu kononnya UMNO sebuah pertubuhan haram menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata tindakan itu juga menunjukkan pembangkang tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihan raya, menyebabkan mereka menggunakan ‘jalan haram itu sebagai peluang terakhir mereka’.

“Selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak mengeluarkan sebarang notis, maka pertubuhan itu akan kekal. Jika ada satu perkara berbangkit, ROS akan menghantar notis untuk mendapatkan dokumen atau penjelasan yang diperlukan. Tidak timbul isu UMNO pertubuhan haram.

“Ini yang berlaku dengan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan bukannya terus dibatalkan tanpa diberi peluang,” katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas Program Ramah Mesra bersama Peniaga dan Pengunjung Pekan Sehari Kerayong di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bera berharap pengundi tidak akan termakan dengan dakwaan itu yang dimainkan secara berterusan di media sosial untuk menimbulkan kesangsian orang ramai.

Berhubung pemecatan 16 anggota UMNO kerana memfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti, Ismail Sabri berkata anggota terbabit seharusnya sedar dengan tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

“Sudah dijelaskan dalam perlembangaan bahawa mana-mana anggota UMNO yang membawa tindakan ke mahkamah, keahliannya akan gugur secara automatik. Apatah lagi jika cuba untuk mengharamkan UMNO,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan 16 anggota parti dari lima negeri dipecat kerana memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membubarkan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana