Sah Mat Sabu calon PRU14 kerusi Kota Raja...Orang Macam Ini Wajib Kita Tentang Habis Habisan

SHAH ALAM: Presiden Amanah Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengumumkannya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim turut mengumumkan parti itu akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di Selangor.

Pengarah Komunikasi Nasional parti itu, Khalid Abd. Samad dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang disandangnya selama dua penggal ketika bersama PAS manakala Mohamed Hanipa Maidin dicalonkan mempertahankan kerusi Parlimen Sepang yang dimenangi pada PRU13 juga atas tiket PAS.

Dua lagi calon Amanah yang bakal bertanding di kerusi Parlimen adalah Pengarah Strategik Nasional, Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Naib Presiden Hasanuddin Mohd Yunus di Hulu Langat.

Dzulkefly yang bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor atas tiket PAS tewas kepada calon BN, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim pada PRU13 manakala Hasanuddin yang bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam, Johor, atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008 pula tewas kepada calon BN, Ayub Jamil.

Bagi kerusi DUN, penyandang DUN Hulu Klang, Saari Sungib dan DUN Morib, Hasnul Baharuddin akan mempertahankan kerusi masing-masing yang dimenangi pada PRU13 atas tiket PAS, sementara bekas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud akan bertukar ke kerusi DUN Seri Serdang.

Tujuh muka baharu yang akan bertanding di kerusi DUN adalah Izham di Pandan Indah (nama lama Chempaka); Ahmad Mustain Othman (Sabak); Mariam Abdul Rashid (Sungai Panjang); Mohd. Amran Sakir (Hulu Bernam); Mohd Sany Hamzan (Taman Templer); Mazwan Johar (Sungai Ramal) dan Mohd. Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru).

Ditanya langkah bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja disebabkan itu kerusi 'selamat', Mat Sabu berkata, keputusan dibuat oleh parti.  "Tidak tahu (Kota Raja) selamat atau tidak, bergantung kepada sokongan pengundi di situ. Yang penting kita kena bekerja kuat, kena jual diri."

Pada PRU13, Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden Pas tewas kepada calon BN, Datuk Othman Abdul di kerusi Parlimen Pendang, Kedah, dengan majoriti 2,638 undi. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana