RAIS YATIM, KUDA TROJAN MAHATHIR, BERHENTILAH SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN

Oleh Ab Jalil Backer

Saya mendapat maklumat bahawa Tan Sri Rais Yatim telah berpakat dengan Tun Mahathir untuk mensabotaj Barisan Nasional dari dalam.

Justeru, jalan terbaik buat Rais Yatim ialah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, dan keluar daripada UMNO supaya supaya kita dapat “beperang” secara terbuka.

Selama ini beliau menunjukkan diri sebagai seorang ahli politik yang berani dan berprinsip. Ini termasuk berani bakar jambatan ketika meninggalkan UMNO, dan berani bina jambatan dengan muka tidak malu untuk masuk semula ke dalam UMNO.

Justeru mengapa kali ini Rais begitu takut untuk melepas jawatan dan membakar jambatan sekali lagi? Apakah Rais tidak yakin PKR akan menang pilihan raya? Adakah Rais diugut oleh Mahathir?

Tindakan Rais secara berterusan mempertikaikan keputusan Pendaftar Pertubuhan membenarkan permohonan UMNNO untuk menangguhkan pemilihan sehingga April 2019 merupakan cubaan mensabotaj parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Rais tidak wajar memaksa Perdana Menteri dan UMNO memecat beliau. Jadi seorang ahli politik yang “gentleman”! Berhenti!

Rais mempunyai masa berbulan-bulan untuk mendapatkan maklumat dari Setiausah Agung UMNO mahu pun menyuarakannya secara terbuka. Namun beliau memilih ketika Parlimen dibubarkan dan parti sedang bersiap untuk menghadapi pilihan raya. Apakah ini bukan tindakan sabotaj dari dalam?

Adalah tidak adil kepada UMNO untuk Rais menggunakan kedudukan dalam kerajaan dan parti untuk mensabotaj Barisan Nasional ketika pilihan raya.

Rais juga gagal menjawab dua persoalan penting yang saya kemukakan dalam twitter beliau hari ini iaitu,

1. Fasal berapa dalam Akta Pertubuhan menyatakan Kuasa Pendaftar Pertubuhan tidak boleh melebihi mandat parti.

2. Benarkah beliau telah berkomplot dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Barisan Nasional?

Sebelum ini saya telah menulis artikel “MASALAH PEMILIHAN UMNO: TIDAK ADA KONSEP TERBUBAR ATAU HARAM SECARA AUTOMATIK” dan semalamnya “UMNO TIDAK SAH? RAIS SEMAKIN GILA mengapa tindakan Pendaftar Pertubuhan menangguhkan pemilihan UMNO adalah sah.

Rais masih hendak menegakkan benang basah. Manurut laporan Malaysiakini.com beliau menyuruh saya membaca membaca Fasal 10 Perlembagaan Umno serta Seksyen 13 dan 14 Akta Pertubuhan yang menyentuh pembatalan dan penggantungan sesebuah persatuan.

Jika beliau baca tulisan pertama saya tentu beliau faham saya telah merujuk Fasal 13A-17 mengenai kuasa RoS untuk membenarkan penangguhan. Ia jelas tindakan penangguhan pemilihan tersebut adalah kuasa budi bicara Pendaftar Pertubuhan.

Mengenai Fasal 10 Perlembagaan UMNO yang Rais sebutkan ia sebenarnya Fasal 10.16 yang menyatakan Majlis Tertinggi UMNO berhak menangguhkan Pemilihan UMNO tidak lebih daripada 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan.

Apa yang Rais BERPURA-PURA tidak faham ialah penangguhan kedua ini tidak menggunakan Perlembagaan UMNO tetapi menggunakan kuasa budi bicara Pendaftar Pertubuhan yang tertera jelas dalam Fasal 13A Akta Pertubuhan.

Saya pasti Rais juga tahu bahawa Fasal 13 Akta Pertubuhan (Akta 335) menyatakan perkara-perkara yang membolehkan Pendaftar Pertubuhan membatalkan pendaftaran sesuatu pertubuhan dengan syarat melalui surat pemberitahuan dan tunjuk sebab.

Tidak ada fasal dalam Akta 335 yang menyatakan sesebuah parti yang gagal mengadakan mesyuarat pemilihan mengikut perlembagaan harus dibatalkan pendaftaran secara otomatik.

Jadi apa tujuan Rais menghasut dan cuba memalukan parti dalam pilihan raya umum ini kecuali untuk keuntungan Mahathir Mohamad.

Adalah amat memalukan untuk seorang penasihat sosio budaya menjadi kuda trojan Mahathir kali ini. Memalukan Rais menggunakan taktik kotor seperti dalam perang Greek. Rais bawa budaya apa?

Elok Rais lepaskan jawatan sebagai penasihat Kerajaan, keluar UMNO dan anda boleh sahaja menyerang Perdana Menteri dan UMNO sesuka hati.

Jangan takut dengan ISA kerana ini bukan zaman Mahathir. Tiada ahli politik ditangkap tanpa bicara dan tiada lagi ISA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana