Protes pemilihan calon makin membara dalam PKR…

Pekong dalam pemilihan calon PKR semakin terserlah di sana sini.Dengar cerita masalah ini semakin memeningkan kepala pimpinan parti itu yang cuba nak tutup rasa tidak puashati yang membara dalam isu itu.

Pada Ahad lalu Naib Presiden Tian Chua telah adakan sidang akhbar yang secara tersirat dipercayai untuk pulas tangan memastikan beliau kekal bertanding di kerusi Parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Semasa sidang akhbar itu beliau secara terbuka dedah adanya usaha puak tertentu dalam parti cuba lobi nak selit orang mereka,tukar calon segala macam.

Di celah itu tersebar cerita pasal pergeseran pengaruh antara kem Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dengan kem Naib Presiden Rafizi Ramli yang rapat dengan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dalam pemilihan calon.

Pada Isnin sekumpulan 50 orang ahli PKR adakan demo depan pejabat PKR Pulau Pinang di Serenag Jaya untuk protes Tun Dr Mahathir Mohamad guna logo parti mereka untuk pilihanraya umum ke 14.

Mereka menegaskan lambang PKR adalah simbol mereka melawan kekejaman bekas Perdana Menteri itu dan ia tidak wajar digunakan olehnya.

Selasa sekumpulan ahli PKR di Port Dickson adakan sidang akhbar tolak calon yang akan bertanding kerusi Parlimen di situ.

Juga Selasa bekas Ketua AMK PKR Cabang Kapar, Ahmad Kamarudin umum keluar parti dan akan bertading menentang Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa di Ampang.

Terbaru pada pagi Rabu kira-kira 90 orang ahli parti itu dari Kapar,Selangor berhimpun di depan ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaluing Jaya untuk suarakan bantahan terhadap pemilihan Datuk Abdullah Sani bertanding kerusi parlimen di situ.

Abdullah Sani,seorang aktivis kesatuan sekerja sebelum ini adalahj Ahli Parlimen Kuala Langat.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Kalaiselvan a/l Ganesan, mereka tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan PKR untuk meletakkan seorang calon Melayu di situ..

Ini kerana katanya kerusi tersebut secara tradisinya ditandingi oleh calon berbangsa India.

“Kami penduduk Kapar ingin beritahu pucuk pimpinan PKR, dari turun-temurun Parlimen Kapar ditandingi oleh kaum India.

“Kenapa bagi PRU14 ini (calon PKR) ditukar kepada calon Melayu?” soalnya yang juga Ketua Ranting PKR Pekan Kapar.

Menurutnya lagi, ahli-ahli di peringkat akar umbi tidak akan teragak-agak undi mengundi calon dari parti lawan sekiranya bantahan mereka tidak diendahkan oleh pimpinan parti.

Ikut cakap sumber dalam parti protes seperti ini dijangka akan berbangkit di sebilangan tempat lain menjelang PRU14 pada 9 Mei.

Sekalipun anggap gelagat seperti ini berlaku dalam semua parti politik dalam soal pemilihan calon,namun akui keadaan dalam PKR agak meresahkan jika tidak dikawal dengan baik.-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana