PPBM boikot calon tajaan DAP... tak mahu keluar mengundi

Sudah muktamad... tiada lagi kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Gua Musang dengan calon Orang Asli DUN Galas Nasir Dollah.

Nasir yang ditaja DAP tidak pernah mendapat restu pemimpin PPBM bahagian itu.

Timbalan Ketua Bahagian PPBM Gua Musang, Abdul Aziz Mohamad (duduk dua dari kiri), mendakwa keputusan meletak nama Nasir di DUN berkenaan atas desakan DAP peringkat pusat.

Beliau menyifatkan Nasir tidak layak menjadi calon pakatan pembangkang di DUN terbabit kerana bukan ahli mana-mana parti dalam pakatan berkenaan.

Katanya, sebelum ini pemimpin atasan pakatan pembangkang sudah berjanji akan memberi kepada pilihan calon daripada pemimpin PPBM di bahagian itu.

"Namun, lain pula keputusannya apabila aktivis Orang Asli dipilih sebagai calon DUN Galas atas tiket Parti Amanah Negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan tergempar bagi berhubung perkara itu, Isnin.

Abdul Aziz berkata, pihaknya bersama beberapa pemimpin lain sejak awal lagi menubuhkan PBPM di bahagian itu.

"Saya rasa terhina dengan keadaan yang berlaku itu kerana sepatutnya saya dicalonkan bertanding di kerusi DUN Galas dan aktivis Orang Asli itu tidak ada pengaruh dalam berpolitik.

"Saya bersama pemimpin lain dalam PPBM tidak akan membantu calon aktivis Orang Asli, malah akan boikot untuk tidak keluar mengundi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana