PKR bergegar dengan isu calon-calon yang digugurkan...

Beberapa nama besar dalam PKR digugurkan sebagai calon pilihanraya termasuk bekas Naib Presiden PKR Tian Chua di Parlimen Batu serta Bendahari PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Wangsa Maju.

Selain dua nama besar itu, nama beberapa pemimpin PKR yang dikemukakan oleh Datuk Seri Azmin Ali turut ditolak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sebab itu pagi Ahad ramai wartawan menunggu di perkarangan banglo agam di Bukit Segambut, rumah Wan Azizah selepas mendapat khabar kumpulan pro Azmin yang diwakili  Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin akan mengadakan pertemuan dengan Wan Azizah.

Sudah dua tiga hari ini tersebar berita nama-nama calon PKR Selangor yang dikemukan Azmin ditolak oleh Wan Azizah.

Antaranya nama pegawai Azmin, Hilman Idham yang tidak tersenarai untuk bertanding di DUN Gombak Setia, serta nama bekas Pengerusi PKR Melaka yang juga pegawai Azmin, Khalid Jaafar yang tidak disenarai bertanding di Parlimen Hulu Selangor.

Seawal jam 8.00 pagi Zuraidah bersama rombongannya lebih kurang 10 ke 15 orang masuk ke rumah Wan Azizah.

Antara yang kelihatan adalah ADUN Rawang Gan Pei Nie, ADUN Taman Medan Haniza Talha, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian yang semuanya didakwa tidak dicalonkan semula.

Khabar angin mendakwa kumpulan Azmin yang 'dicantas' ini dipercayai ada kaitan dengan pemilihan PKR selepas PRU14, dimana jika Azmin terlalu kuat beliau berkemungkinan akan mencabar Wan Azizah yang menjadi Presiden PKR sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, Tian Chua dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai pengugurannya pada petang Ahad

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana