Peluang BN Perak dapat majoriti 2/3 cerah

Usaha Barisan Nasional Perak (BN) memperoleh dua pertiga majoriti dalam DUN Perak pada PRU 14 ini seperti sesuatu yang tidak mustahil melihat dari senarai calon-calon yang diumumkan bertanding siang tadi (Selasa).

Bahkan Timbalan Perdana Menteri setidak-tidaknya sudah tiga kali mengungkapkan keyakinan perihal BN negeri mencipta satu kejutan dengan memperoleh dua pertiga majoriti.

Begitu juga Menteri Besar Perak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pencapaian BN negeri pada PRU14 ini “lebih baik dari yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.”

Dua faktor yang membayanginya ialah gandingan mantap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang akan mempertahankan parlimen Bagan Datuk.

Ini merupakan kali pertama Zahid mempertahankan kawasan parlimen ini selaku Timbalan Perdana Menteri berbanding sebelum ini sekadar berjawatan menteri.

Dengan status serta “orang Perak pertama”dilantik ke jawatan TPM, parlimen Bagan Datuk bukan saja dapat dikekalkan dengan mudah oleh calon BN ini sekali lagi malah begitu juga dengan dua DUN lagi—Hutan Melintang dan Rungkup.

Datuk Shahrul Zaman yang mempertahankan DUN Rungkup dijangka melepasi halangan.Rekod kerja sebagai orang ketiga penting dalam UMNO bahagian dan berjawatan EXCO belia diperingkat negeri, menyerlahkan lagi peluangnya.

Bagi DUN Hutan Melintang, BN mempertaruhkan muka baru iaituDatuk Khairuddin Haji Tarmizi. Dan bagi pengundi di situ,mereka tidak menganggapnya muka baru kerana  beliau ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian.

Dulu,DUN Rungkup ditandingi calon MIC tetapi dua kali mereka tewas berturut-berturut sehingga memerlukan campur pihak atasan bagi mengubah landskap politiknya. Calon UMNO pula pernah memenangi DUN ini suatu masa dulu.

Zambry pula dilihat lebih bergaya apabila beliau dipersetujui Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Kebangsaan Datuk Seri Najib Razak selain mempertahankan DUN Pangkor, juga turut bertanding parlimen Lumut.

Dengan demikian mudah bagi Perdana Menteri menarik beliau ke pusat tanpa perlu melalui proses pilihanraya kecil ataupun dilantik sebagai seorang senator terlebih dahulu.

Ini merupakan julung-julung kali Zambry bertanding dua kawasan serentak (DUN dan Parlimen) dan juga merupakan Menteri Besar Perak pertama dalam sejarah diamanahkan dengan tugas penting ini.

Untuk rekod sebelum ini Lumut merupakan kerusi milik MCA melalui Tan Sri Kong Cho Ha, yang juga pernah dilantik menteri tetapi pada PRU 12 (2008) dan 13 (2013)  yang lalu, calon MCA tewas kepada calon PKR.

Dengan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya yang Lumut turut terlibat, peluang dijangka memihak kepada Zambry. Lebih-lebih lagi penduduk di situ tidak melihat beliau sebagai muka baru atau calon bermusim.

Dan berstatuskan jawatan Menteri Besar selama 9 tahun itu ia memberi “value added” atau nilai tambah bagi dipilih oleh pengundi Lumut sebagai ahli parlimen mereka yang baru.

Sementara itu  mengulas isu sama  Dr Zambry  ketika mengumumkan senarai nama calon BN di Kediaman Menteri Besar Perak berkata, BN Perak meletakkan calon di semua 24 kawasan Parlimen dan 59 kawasan DUN Perak.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata BN Perak menampilkan 54.3 peratus muka baru bagi DUN Perak dan 29 peratus muka baru bagi Parlimen.

 Selain itu, katanya, calon-calon yang ditampilkan datang dari pelbagai latar belakang yang terdiri daripada golongan profesional, pentadbir, guru dan juga pemimpin di peringkat akar umbi termasuk Penghulu.

 `` Gandingan ini kita harap akan dapat membentuk satu pasukan yang mantap dipelbagai peringkat masyarakat  di negeri Perak.

``30.5 peratus calon-calon Barisan Nasional Negeri Perak terdiri dariapda kumpulan generasi muda bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan 16.6 peratus lagi bagi kerusi Parlimen.

 Katanya, BN Perak juga mengiktiraf  peranan kaum wanita  apabila menampilkan 13 orang calon wanita termasuk  dua daripadanya merupakan Ketua Puteri.

 ``Daripada 13 calon wanita berkenaan 10 dicalonkan bagi kerusi DUN dan 3 bagi kerusi Parlimen.

 ``Dari pada 31 kerusi yang dimenangi oleh BN bagi PRU 13 lalu, lapan penyandang digantikan dengan  muka baru,’’ katanya.

Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang pernah menimbulkan kontroversi apabila melepaskan semua jawatan kecuali jawatan ahli parlimen gara-gara “dilepaskan dari Kementerian Kewangan,” mempunyai keyakinan dipilih semula sebagai ahli parlimen Tambun.

Kepada media dia berkata “perkara lama sudah berlalu  . . . “sambil menambah akan mendapat sokongan mantap penduduk setempat yang telah sama-sama memajukan pembangunan infrastruktur dan modal insan di bawah program MyBeautiful Tambun.

Ahmad Husni yang dicalonkan untuk bertanding bagi penggal keenam pada PRU-14 berkata, antara strategi yang dilakukan ialah bukan sahaja bergantung kepada parti, tetapi juga menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

``“Kita di Tambun sudah ibarat sebagai satu keluarga. Saya yakin penduduk-penduduk Tambun juga akan bersama-sama saya untuk kita bawa prinsip 1Malaysia.

``Saya percaya kita semua matang dan semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian adalah anak buah saya. Yang utamanya, kita hendakkan kemenangan. Yang lalu, kita sudah lupakan dan kita hendak pastikan Tambun kekal di bawah Barisan Nasional (BN),” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana