PEKIDA BERI SOKONGAN PENUH PADA KERAJAAN BN

Majlis Ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Kedah memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN pada PRU14 kali ini.

Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof berkata, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN Kedah terutamanya di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Katanya, Ahmad Bashah banyak membawa pembaharuan dalam pembangunan kepada rakyat di negeri itu.

“Oleh itu saya berharap semua ahli Pekida terutamanya di Kedah memberi sokongan kepada beliau dalam meneruskan kepimpinannya serta memartabatkan Islam. Selain itu, Ahmad Bashah selama pemerintahannya juga berjaya mengukuhkan lagi hubungan muhibah dalam kalangan penduduk di negeri ini.

“Ini terbukti dengan kepimpinannya berjalan dengan baik dan tidak timbul masalah perkauman di negeri ini. Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepimpinan Ahmad Bashah perlu dicontohi kepada pemimpin pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media tadi.

Jamaludin berkata, kerajaan sedia ada diharap diberi mandat oleh rakyat bagi merancakkan lagi pembangunan di negeri ini.

“Oleh itu, saya meminta semua ahli Pekida di negeri ini seramai 23,000 memberi sokongan kepada BN Kedah hari ini pada PRU nanti. Mereka perlu memberi sokongan penuh kepada kerajaan hari ini yang akan membawa hala tuju yang lebih cemerlang lagi,” katanya.

Beliau berharap, saranan itu dipatuhi semua ahli.

“Jika ada mereka yang cuba ingkar dengan arahan yang diberi, tindakan akan diambil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana