Najib: Tsunami fitnah mula melanda PRU-14...Jangan Kita Diperbodohkan Oleh PH

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan kebimbangan apabila ancaman fitnah yang disebutnya sebagai ‘Tsunami PHitnah’ mula melanda musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam keghairahan masing-masing menumbangkan lawan.


Menerusi akaun Twitter beliau hari ini, Najib berkongsikan gambar yang ditular kononnya 15 juta sarung jari plastik sudah dibawa masuk ke Malaysia supaya penggunanya boleh mengundi berulang kali walaupun jari telah dicelupkan dengan dakwat semasa proses pengundian.


Sebaliknya berdasarkan perkongsian itu, produk berkenaan sebenarnya merupakan jari palsu untuk menggantikan jari-jari mereka yang terpotong terutama akibat pergaduhan kumpulan Yakuza di Jepun.


“Ini bukan kali pertama saya berkongsi perkara ini, tetapi dalam musim pilihan raya ini semakin teruk fitnah-fitnah dilontarkan pembangkang, bagaikan ‘Tsunami PHitnah’.


“Jadi saya ingin ingatkan sekali lagi, usahlah kita jadi tali barut dan kuda tunggangan golongan tidak bertanggungjawab ini,” katanya menerusi status dalam akaun media sosial beliau.


Beliau memohon agar rakyat tidak menjadi ejen yang menyebarkan fitnah-fitnah tersebut kerana gejala itu boleh merosakkan masyarakat dan negara.


“Tsunami PHitnah ini boleh memporak-perandakan hubungan persahabatan, kekeluargaan malah lebih teruk lagi mampu membawa kehancuran dan kebinasaan kepada negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana