LANGKAWI : RAMAI NAK 3 WAKIL RAKYAT BN ITU KEKAL

Penulis membeli tiket feri di Kuala Kedah untuk masuk ke Langkawi. Sejak dari situ lagi apabila ditanya mengenai PRU14, kerusi Parlimen Langkawi adalah yang paling panas dan ditunggu-tunggu penduduk sekitar.

Apabila menemui penduduk setempat – terutama penduduk Langkawi – mereka memberi gambaran yang agak songsang berbanding ‘mood’ yang melanda media sosial.Sekiranya di media sosial boleh dikatakan pengaruh sokongan keatas Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad agak kuat, namun di peringkat alam realiti ia ternyata berbeza.

Bukan seorang dua, daripada Kuala Kedah membawa kepada sekitar Bandar Kuah, Langkawi, lebih daripada 50 orang disapa penulis. Realitinya, mereka memberi gambaran kemungkinan Dr Mahathir akan kalah di pulau tersebut.

Lebih menarik lagi, hampir semua mereka mahu “tiga serangkai” wakil rakyat sedia ada dikekalkan. Mereka adalah Datuk Ir Nawawi Ahmad (Parlimen Langkawi), Dato’ Mohd Rawi Haji Hamid (ADUN Ayer Hangat) dan Nor Saidi Nanyan (ADUN Kuah).Bagaimanapun, ada beberapa syarat kecil yang mereka mahukan sekiranya parti Barisan Nasional (BN) ingin terus menguasai ketiga-tiga kerusi tersebut.

Antara syarat kecil itu adalah menepati janji tepat pada masanya, melantik para wakil yang amanah, jujur dan ikhlas berkhidmat, serta mereka juga mahu tiga wakil rakyat ini terus turun padang tanpa mengira masa dan musim.

Daripada 50 orang yang berkongsi pandangan itu, boleh dikatakan semua daripada mereka mahu momentum “Langkawi For Langkawi” diteruskan untuk lima tahun yang akan datang.Mereka juga warga yang penuh adab. Tidak pula dinafikan jasa-jasa Dr Mahathir semasa dia bergelar Perdana Menteri dahulu.

Memang begitu banyak perubahan telah disalurkan ke dalam daerah itu sepanjang 22 tahun berkuasa. Walaupun hakikatnya pembangunan yang dibina Dr Mahathir tidak menguntungkan penduduk asal, namun sedikit sebanyak ia dapat membuka peluang pekerjaan dan pintu rezeki kepada penduduk setempat.

Namun, itu bukanlah alasan untuk mereka terus kekal menyokong Dr Mahathir, apatah lagi setelah bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu telah bersekongkol dengan DAP yang dimusuhi penduduk Langkawi sejak zaman Mahsuri lagi.

Soal peluang pekerjaan dan punca rezeki penduduk setempat juga sekarang ini terus dirasai di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini membuka mata mereka bahawa, bukanlah individu yang memberi kesenangan buat Langkawi, sebaliknya, kuasa yang ada pada kerajaan semasa dengan dipayungi parti politik yang kuat di belakangnya adalah faktor utama nasib sesebuah kawasan parlimen itu terbela.

Justeru, ‘pancing undi’ yang digunakan oleh Pakatan Harapan yang dikuasai DAP bahawa Dr Mahathir wajib dipilih kerana dia berjasa kepada Langkawi mungkin sudah tidak releven lagi.

Dr Mahathir mungkin masih dibayangi senario lama iaitu zaman 1990an di Langkawi. Namun hakikatnya Langkawi sekarang sudah berada di tahun 2018, iaitu 2 tahun lagi untuk menghampiri tahun Malaysia Maju. Tidak mustahil, percaturan Dr Mahathir kali ini tersasar ke laut Andaman dalam PRU14. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana