GABUNGAN PEMBANGKANG PKR BAWA KETIDAKSTABILAN – SENTIASA BERGELORA SOAL PEREBUTAN KUASA

STRUKTUR gabungan pembangkang PKR yang pada hakikatnya penuh dengan kekurangan serta kelompongan hanya mengundang ketidakstabilan sekiranya memegang tampuk kuasa negara.

Meskipun telah dinamakan calon Perdana Menteri serta calon Timbalan Perdana Menteri, hanya setakat itu sahaja bayangan bentuk kerajaan daripada gabungan berkenaan yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN serta PPBM yang dibubarkan sementara.

Dalam hal berkenaan, DAP ternyata telah mendahului rakan-rakan dalam pakatan tersebut dengan mengangkat pemimpin-pemimpinnya untuk menjadi bakal menteri.

Segala perebutan kuasa dalam PKR, kekeliruan status PPBM yang dibubarkan sementara serta kedudukan PAN tercicir di belakang telah menyaksikan DAP yang mendominasi situasi.

Mengambil contoh Kerajaan PKR Selangor yang tidak pernah lekang dengan episod saling khianat dan mengkhianati, keadaan sama tidak mustahil berlaku kepada Malaysia jika berada dalam genggaman gabungan pembangkang PKR.

Kehidupan seharian rakyat yang menuntut keharmonian dan kestabilan akan bergolak kerana terheret sama dalam drama politik perebutan kuasa sesama pemimpin-pemimpin dalam gabungan berkenaan.

Pada ketika ini pun, gabungan pembangkang terutama PKR sedang bergelora dalam soal penentuan kerusi namun mereka tanpa segan silu tetap mahu mendapatkan mandat daripada rakyat.

Berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti kemampuannya menjaga kestabilan negara, gabungan pembangkang PKR hanya membawa negara dan rakyat ke dalam lembah yang penuh ketidaktentuan. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana