#FAKENEWS : ‘DUIT RAKYAT TERSADAI DI MELAKA’

Seorang Pengguna Laman Facebook dengan nama Elangovan Annamalai telah memuat naik satu foto kapal selam yang dipamerkan di Melaka dengan status ” Duit Rakyat tersadai di Melaka”
PENJELASAN

Kapal Selam yang dipamerkan di Muzium Melaka ialah kapal selam dari kelas Agosta 70 yang terpakai bernama FS OUESSANT. Kapal selam ini telah digunakan oleh warga kapal selam TLDM hanya sewaktu latihan di Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) pula merupakan kapal selam dari kelas yang berbeza iaitu jenis SCORPENE. KD TAR dan KD TUN RAZAK kedua-duanya sedang beroperasi dalam Armada TLDM. Kedua-dua kapal selam ini tiada kena mengena langsung dengan kapal selam yang dipamerkan di Melaka.

Kapal Selam di Melaka itu hanyalah sejarah dalam penubuhan Angkatan Kapal Selam TLDM.

Orang ramai dinasihatkan untuk menyelidiki fakta sebenar sebelum membuat sesuatu tuduhan liar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana