Akar umbi bantah Dr M tanding guna logo PKR

PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi PKR diberi tempoh sehingga minggu depan untuk mengeluarkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menggunakan logo parti itu.

Timbalan Ketua AMK Bukit Gantang Muhamad Faisal Zainal yang mewakili sekumpulan ahli akar umbi berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil beberapa tindakan drastik.

Katanya, PKR ditubuhkan kerana tindakan Dr Mahathir sebelum ini dan keputusan membenarkan pemimpin itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai perdana menteri adalah tindakan tidak berprinsip.

"Kami akui, Malaysia perlukan perubahan dari aspek pentadbiran, namun perubahan itu bukanlah dengan memberikan semula kuasa kepada Dr Mahathir.

"Jadi, pada hari ini kami mahu tuntut dua perkara iaitu tidak membenarkan Dr Mahathir menggunakan logo PKR dan kedua, mengeluarkan nama bekas perdana menteri itu sebagai calon (atas tiket) PKR.

"Jika enggan, kami telah putuskan beberapa tindakan yang hanya akan diumumkan apabila tiba masanya nanti," katanya sambil mendakwa bantahan itu disokong kira-kira kira-kira 120,000 ahli akar umbi PKR seluruh negara.

Terdahulu, kira-kira 50 ahli PKR dari Perak, Kedah, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR, di sini, bagi membantah penggunaan logo PKR oleh Dr Mahathir.

Muhamad Faisal ketika ditemui berkata, ahli akar umbi PKR kecewa apabila pemimpin PKR pusat membenarkan bekas perdana menteri itu menggunakan logo parti terbabit.

Ujar beliau lagi, PKR harus sedar tujuan penubuhannya pada April 1999 adalah disebabkan tindakan zalim bekas perdana menteri itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam bantahan yang berlangsung hampir satu jam itu, peserta dilihat memegang sepanduk tertera 'Singkir Mahathir Dari Lambang PKR', 'Mahathir adalah musuh sebenar PKR' dan 'PKR jangan jadi pelacur kepada Tun Mahathir'.

Selain itu, kumpulan itu juga menyerahkan memorandum tuntutan satu muka surat kepada wakil PKR pusat, Faris Abdullah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana