Ahli PKR bantah individu bakal calon Parlimen Port Dickson

PORT DICKSON: Ahli dan penyokong akar umbi PKR Port Dickson hari ini membantah calon yang dijangka mewakili gabungan pembangkang PKR di kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengarah Kempen Calon PKR Parlimen itu, Mohamad Nor Mohamad Sap berkata, walaupun nama calon hanya akan diumumkan pada malam ini, individu yang disebut-sebut bertanding di kerusi itu sudah diketahui ekoran senarai nama yang ditularkan sejak malam tadi.

Ujarnya, pemilihan Naib Ketua PKR Port Dickson, Rosman Jonid adalah tidak sesuai kerana beliau gagal menjalankan tugas dan akan mengulangi kegagalan penyandang kerusi Parlimen dari PKR sebelum ini, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

“Kami tidak boleh terima calon payung terjun dan yang tidak buat kerja. Pemilihan Rosman merupakan kisah malang kepada PKR kerana beliau adalah legasi kepada Kamarul Baharin yang tidak turun padang selama dua penggal.

“Kami banyak menerima rungutan daripada masyarakat mengenai prestasi Ahli Parlimen sebelum ini yang banyak ‘tidur’ itu,” katanya dalam sidang akhbar yang dihadiri kira-kira 40 ahli PKR di sini hari ini.

Mohamad Nor berkata, mereka meminta pucuk pimpinan menimbangkan seorang veteran tentera, Datuk Halim Khomiza sebagai calon dan bukannya Rosman yang tidak memahami masyarakat, budaya dan politik tempatan.

Katanya, pimpinan gabungan pembangkang PKR perlu tegas dalam pemilihan calon di kerusi Parlimen yang sebelum ini dikenali sebagai Telok Kemang kerana dibimbangi isu itu boleh memberi kesan kepada sokongan di peringkat akar umbi.

Calon-calon gabungan pembangkang PKR bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk PRU-14 dijangka diumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Seremban malam ini. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana