Umum calon BN PRU14 lebih awal…langkah tepat kata TPM Zahid

Sebagai orang lama dalam politik Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah cukup sedia maklum mengenai masalah pemilihan calon yang akan bertanding dalam pilihanraya.

Ada sesetengah tempat pilih orang ini orang itu merajuk…gugur wakil rakyat lama ada yang protes dan cetuskan macam-macam masalah.

Malah bukan rahsia lagi ada tempat yang diyakini menang sebaliknya tewas semata-mata kerana masalah dalaman bukan kerana lawan kuat.

Atas sebab ini Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN bahawa calon BN untuk PRU14 akan diumum lebih awal kali ini adalah satu langkah tepat.
Timbalan Pengerusi BN berkata akan memberi Iebih masa kepada kepimpinan parti untuk melakukan proses 'pemujukan' terhadap mana-mana pemimpin di sesuatu kawasan yang tidak dipilih sebagai calon.
"Ia sekali gus berupaya menjauhkan unsur sabotaj yang biasa terjadi sebelum ini apabila mereka yang berpengaruh tidak dicalonkan, mempengaruhi jentera parti untuk tidak melaksanakan tugas dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas menyertai rakaman program bual bicara 'Orang Diparol' di Studio Al-Hijrah di Cyberjaya Isnin.
Dalam sidang media bersama wartawan Malaysia di Sydney, Australia semalam, Najib berkata BN mungkin akan mengumumkan calon bagi PRU14 lebih awal berbanding dua atau tiga hari sebelum PRU seperti diamalkan selama ini.
Menurut Zahid, berdasarkan pengalaman sebelum ini, langkah mengumumkan calon sehari sebelum hari penamaan calon dilihat tidak lagi sesuai dilaksanakan pada PRU14 dan juga mana-mana pilihan raya selepas ini.
Mengenai calon BN bagi PRU14 beliau berkata pemilihan dibuat selepas kajian dinamik dan menyeluruh terhadap individu yang dicadangkan oleh akar umbi parti, bahagian dan negeri masing-masing.
Beliau berkata kajian dinamik itu membabitkan tiga faktor penting iaitu aspek kesedaran masyarakat mengenai kewujudan calon di sesuatu kawasan, tahap penerimaan pengundi serta daya kemenangan yang dimiliki calon tersebut.
"Kajian ini dilakukan secara dinamik, ertinya ia bukan kajian rambang."
"Jika di sesuatu kawasan Dewan Undangan Negeri atau Parlimen tidak ada calon yang boleh diterima masyarakat, kami lakukan pilihan kedua," katanya, serta menambah bahawa kuasa menukar calon adalah hak mutlak Najib.
Mengenai momentum sokongan dan penerimaan rakyat terhadap BN, Zahid berkata ia semakin positif dan memberangsangkan khususnya di kawasan yang dikategorikan sebagai 'hitam' dan 'kelabu'.
Beliau juga 'lega' apabila teguran yang dibuatnya ketika melawat sesuatu kawasan diterima baik oleh seluruh anggota UMNO dan jentera BN

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana