Terkantoi Dedah PPBM Tiada Cawangan, Bahagian!

TERBONGKAR… Rahsia kelemahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini boleh diibaratkan bagai berlindung di balik telunjuk apabila satu persatu masalah dalam urus tadbirnya terbongkar.
Terkini, presidennya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengakui parti itu tidak mungkin dapat memenuhi dua tuntutan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membabitkan laporan minit mesyuarat bahagian dan cawangannya.

Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berpendapat pengakuan lucu tersebut seperti membuka pekung di dada apabila secara tidak langsung ia mendedahkan kelemahan parti itu sendiri sejak sekian lama kepada umum.

“Sekarang telah terbukti, parti ini memang mempunyai masalah dari segi pentadbiran dalamannya,” ujarnya ketika dihubungi media sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin mengenai isu sembilan tuntutan dikemukakan oleh ROS.

Oleh sebab itu juga, Hamidah mempersoalkan kewajaran parti tersebut boleh selamba mengadakan Perhimpunan Agung pada akhir tahun lalu walhal urusan penubuhan peringkat bahagian dan cawangannya masih belum selesai.

“Mengikut perlembagaan parti, mereka perlu terlebih dahulu habis menyelesaikan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, kemudian bahagian dan akhirnya barulah ada wakil bahagian akan dihantar ke Perhimpunan Agung.

“Tetapi hari ini tiba-tiba presiden PPBM dilaporkan baru pula hendak mengumumkan bahawa mereka masih tidak lagi melaksanakan sebarang mesyuarat di peringkat bahagian, dan cawangan parti pun masih belum ditubuhkan.

“Jadi bagaimana mereka boleh buat Perhimpunan Agung di peringkat parti?” soalnya dengan nada sindiran. Perhimpunan Agung PPBM diadakan pada 30 Disember lalu di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Selangor.

Ia bagaimanapun dipertikaikan ramai ahlinya sendiri dan lebih 400 aduan dilaporkan kepada pihak ROS mendesak parti serpihan UMNO itu diisytiharkan sebagai sebuah organisasi haram. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana