PRU14: PEMBAHAGIAN KERUSI BN WILAYAH DIJANGKA KEKAL KECUALI KEPONG

Barisan Nasional Wilayah Persekutuan dijangka mengekalkan pembahagian kerusi parti-parti komponen dalam Pilhan raya umum ke-14 mengikut pilihan raya lalu kecuali Parlimen Kepong.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13, UMNO bertanding di kerusi Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa. Daripada enam kawasan ini BN kalah dua kerusi iaitu Lembah Pantai dan Wangsa Maju.

Parti Cina Malaysia (MCA) akan bertanding di Bukit Bintang, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak. Manakala Gerakan akan bertanding di Kepong, Batu dan Segambut.

Kerusi yang menjadi agak panas ialah Parlimen Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju. Kedua-dua kerusi ini merupakan kerusi tradisional MCA. Bagaimanapun dalam pilihan raya lalu, MCA telah memberi laluan kepada calon dari UMNO untuk bertanding di Wangsa Maju. Barisan Nasional yang mencalonkan Datuk Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR Datuk Dr Tan Tee Kwong dengan majoriti 5,511 undi.

Berikutan itu, MCA telah mengumumkan untuk bertanding semula di Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya kali ini.

UMNO pula menerusi Datuk Seri Shafie Abdullah berhasrat bertanding sekali lagi kerana telah membuat kajian dan gerak kerja selama lima tahun lepas untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Wangsa Maju.

Satu lagi kawasan yang menjadi pertikaian ialah Bandar Tun Razak. Ini berikutan permintaan UMNO bahagian tersebut untuk mencuba nasib setelah beberapa kali MCA tewas di sana.

Bagaimanapun berdasarkan sumber, kerusi Wangsa Maju akan dikekalkan kepada UMNO, manakala Bandar Tun Razak akan kekal kepada MCA bagi pilihan raya umum kali ini.

Manakala bagi Parlimen Kepong, Gerakan akan mendapat kembali kerusi tersebut yang diberi kepada Parti Progresif Rakyat (PPP) dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya lalu, Barisan Nasional Wilayah Persekutuan hanya mendapat 4 kerusi yang kesemuanya dari UMNO iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa), Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa) dan Rozman Isli (Labuan).-MYKMU.NET

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana