Peluang Terakhir Pakatan Harapan Menang Pilihan Raya Umum

Sana sini, ramai yang memperkatakan tentang Pilihan Raya Umum ke 14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Ramai yang mula mencongak senarai nama calon malah ramai juga yang sedang berkira-kira untuk memberi undi kepada parti mana kali ini. Apa yang pasti, rata-rata rakyat di negara ini tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada kali ini.

Hal yang sama turut menyelubungi Pakatan Harapan yang buat pertama kali sejak beberapa Pilihan Raya Umum yang lalu, kempen mereka tidak lagi diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya kini, Tun Dr Mahathir Mohamad pula yang bakal mengepalai Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum kali ini.

Melihat kepada keadaan semasa Pakatan Harapan hari ini, timbul persoalan, mampukah mereka menempuh detik getir Pilihan Raya Umum kali ini? Adakah mereka mampu untuk memcah monopoli Barisan Nasional sejak 13 penggal yang lalu? Paling utama, adakah mereka mempunyai banyak masa lagi membentuk pakatan yang baru seandainya mereka tewas lagi kali ini?

Bagi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau menyifatkan Pilihan Raya Umum ke 14 ini adalah “bapa” segala Pilihan Raya. Ini kerana, apa yang dilakukan oleh pembangkang kali ini, mereka benar-benar bersungguh-sungguh dalam usaha mereka menumbangkan Barisan Nasional. Sebut sahaja apa jua isu, fitnah dan provokasi, semuanya telah mereka lakukan.

Apa yang tinggal hari ini hanyalah untuk meyakinkan rakyat untuk memilih mereka. Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya cukup mudah. Hampir kesemua pemimpin utama Pakatan Harapan kini boleh dianggap sudah lanjut usia mereka. Lihat sahaja usia Mahathir yang bakal menjengah angka 94 tahun pada tahun ini.

Anwar pula, pada tahun ini bakal mencecah angka 71 tahun. Lebih malang buat Anwar appabila dia dilarang untuk bertanding untuk lima tahun lagi. Sekiranya dia masih kekal dalam politik, ini bermakna pada usia 76 tahun, dia akan mengetuai sekali lagi pakatan pembangkang dalam usahanya membentuk sebuah kerajaan pembangkang. Persoalannya, pada usia sedemikian, masih mampukah dia berdiri di pentas ceramah berjam-jam lamanya?

Lim Kit Siang pula, pada tahun ini usianya sudah mencecah 77 tahun. Sekiranya dia gagal membawa Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini, dia terpaksa menunggu usianya mencecah 82 tahun untuk melunaskan keinginannya membentuk sebuah negara Malaysia berteraskan Republik.

Jika ada yang paling muda yang hari ini menjadi Presiden sesebuah parti politik pun, individu berkenaan adalah Mat Sabu. Tahun ini, usia Presiden PAN berkenaan akan mencecah 64 tahun. Namun, disebalik usianya yang boleh dianggap muda dalam arus politik negara, ketokohannya dalam memimpin sentiasa diragui.

Malah, penaung PAN sendiri, DAP, amat jarang memberi ruang buat Mat Sabu menonjolkan diri kerana sedar, Mat Sabu bukanlah individu yang mampu untuk memimpin saatu organisasi besar seperti Pakatan Harapan.

Bagaimana pula dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin? Tahun ini, usianya bakal mencecah 71 tahun, sebaya dengan Anwar Ibrahim. Sekiranya kempen pembangkang kali ini gagal menakluk Putrajaya, usianya akan mencecah 76 tahun dan pada ketika itu, timbul persoalan, masih mampukah dia memimpin Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 15 kelak?

Inilah situasi semasa yang cukup disedari oleh kesemua pemimpin utama Pakatan Harapan. Mereka sedar, mereka sudah kesuntukan waktu memandangkan kesemua mereka kini sudah cukup berusia. Mungkin ada diantaranya akan mengambil contoh Mahathir yang tidak pernah jemu berpolitik. Namun usah dilupa, ajal dan maut di tangan tuhan dan mungkin juga ada diantara mereka tidak sempat merasai detik bersejarah yang cukup mereka idamkan sejak sekian lama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana