Najib mahu selamanya berkuasa, kata Dr Mahathir kepada media Australia...Lihat Lah Betapa Buruknya Perangai Madey Terkutuk Ni

Itu petanda Tun mahathir sudah dihujung jalan hanya menghitung saatnya lagi untuk meninggalkan dunia Allah hanya bagi sedikit waktu saja lagi untuk Tun mahathir mengucapkan 2 kelimah syahadah dan mengucapkan perkataan toubat..Klu Tun mahathir berdegil maka melikat maur akan mencabut nyawa Tun mahathir dengan segera sebelum negara rosak lebih teruk lagi.

DR Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Najib Razak berniat untuk terus kekal berada di tampuk kuasa bagi memperkayakan dirinya sementara melihat negara musnah, dan akan mengunakan segala helah yang ada bagi memastikan kemenangannya pada pilihan raya umum akan datang, lapor ABC.

Dalam satu temubual bersama agensi media Australia itu, Dr Mahathir berkata ia adalah sebab mengapa beliau mengambil keputusan untuk menerima pencalonan sebagai perdana menteri Pakatan Harapan (PH) untuk melawan Najib, yang dilihatnya sebagai 'raksasa' di mata rakyat Malaysia.

"Sebabnya adalah untuk menyingkirkan Najib. Dia itu raksasa dari pandangan kebanyakan rakyat di Malaysia," kata Dr Mahathir.

"Mereka fikir yang dia hanya mahu memperkayakan dirinya sendiri, mempunyai kehidupan yang selesa dan dalam pada masa sama guna wang untuk membeli sokongan, atau menyokong rasuah dalam skala yang besar, mencuri berbilion ringgit duit kerajaan.

"Ini bukan sesuatu yang kami semua mahu lihat."

Dr Mahathir, yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun sebelum meletak jawatan pada 2013, berkata beliau percaya yang PH mempunyai sokongan yang besar daripada rakyat Malaysia, namun Najib akan "menipu pada tahap maksimum" bagi memenangkan dirinya dalam pilihan raya, yang mesti diadakan sebelum Ogos.

"Kami (PH) sangat kuat, kami rasa kami boleh menang tetapi apa yang saya fikir adalah dia (Najib) akan menipu semaksimum mungkin," katanya kepada ABC.

"Jika kami kalah ia adalah disebabkan oleh penipuan dan perkara seumpamanya."

Perdamaian antara beliau dan bekas seterunya dan juga anak didiknya Anwar Ibrahim sangat perlu bagi menumbangkan kerajaan Najib, kata Dr Mahathir.

"Saya dan Anwar tentulah ada perbezaan, tetapi masalah yang dihadapi negara sangat besar sehingga kami perlu melupakan kisah lama dan memberikan tumpuan untuk menyelamatkan atau memulihkan negara ini daripada pentadbiran yang akan memusnahkan negara ini," katanya.

Dr Mahahtir keluar dari Umno pada Februari 2016 selepas mengkritik lantang kepimpinan Najib ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang menjadi subjek siasatan antarabangsa berhubung dakwaan penyelewengan wang berjumlah berbilion dolar yang dilakukan beberapa individu terkait syarikat pelaburan negara itu.

Najib, yang menubuhkan 1MDB, menafikan penglibatanya dalam kontroversi berkenaan.

Najib dijangka bertemu Perdana Menteri Australia Malcolm Turbull pada hujung minggu ini di luar persidangan kemuncak ASEAN, yang mana pegawai Australia sudah mengesahkan bahawa antara topik yang akan dibincangkan adalah mengenai 1MDB.

Dalam temubual bersama ABC, Dr Mahathir berkata beliau percaya Najib akan menggunakan pertemuannya dengan Turnbull bagi membersihkan imejnya di persada antarabangsa.

"Dia akan ambil peluang bergambar dan semua itu hanya sebab dia mahu tunjuk kepada rakyat Malaysia yang dia diterima," katanya.

"Tetapi saya rasa bila kamu tahu seseorang itu ialah pencuri kamu sepatutnya menjarakkan diri."

Dr Mahathir berkata beliau percaya yang Umno, parti yang disertainya selama 60 tahun, bukan lagi parti yang pernah dikasihinya.

"Ia (Umno) hanya ada untuk mengekalkan kuasa presiden sekarang sebagai perdana menteri," katanya.

"Parti dia sekarang ini menyokong kerajaan autokratik...parti itu telah dimusnahkan oleh dia," katanya kepada ABC. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana