MASALAH EKONOMI NEGARA BERPUNCA DARI PEMIMPIN PAKATAN – HADI

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang berkata masalah ekonomi negara yang melanda hari ini berpunca daripada pemimpin yang berada dalam Pakatan Harapan (PH).

Tanpa menamakan sesiapa, ahli Parlimen Marang itu berkata, masalah ekonomi Malaysia hari ini berpunca daripada pemimpin yang memerintah negara sejak “tahun 80-an”.

“Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini.

“Yang memerintah negara sejak tahun 80-an. Merekalah yang mewujudkan masalah,” kata Hadi dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam portal Harakahdaily hari ini.

Hadi dipercayai merujuk kepada Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003.

“Bahkan kepada saya Umno yang memikul masalah ini masalah dibuat oleh mereka ini dulu.

“Dengan sebab itu PAS memperkenalkan konsep ta’awun, bertolong-menolong dalam perkara baik dan tak tolong-menolong dalam perkara kemungkaran,” katanya.

Menurut Hadi, PAS mengemukakan jalan penyelesaian kepada kerajaan dan terbuka sekiranya pandangan mereka diterima.

“Kalau kita jadi kerajaan, kita boleh praktikkan.

“Kalau kita tak jadi kerajaan, kita menjadi penasihat kepada kerajaan supaya membuat pembetulan daripada kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan pada hari ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana