MALAYSIAN MALAYSIA: DR. MAHATHIR, MUHYIDDIN BAKUL SAMPAHKAN PRINSIP

Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk terus memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam pasti menyentak ramai penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Jika mereka selama ini menaruh kepercayaan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan hak Melayu dan Islam, kali ini mereka harus sedar yang dua pemimpin tertinggi PPBM itu sanggup membakulsampahkan prinsip hanya kerana mahukan sokongan DAP bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, sebab itu, tidak hairan apabila Pakatan Harapan diketuai DAP memasukkan dalam manifesto mereka untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihan raya mengikut nisbah masyarakat.

“Ini boleh difahami sebagai satu orang satu undi. Ini diyakini akan dibentuk mengikut selera mereka, terutamanya dengan cara memperbanyak kawasan Parlimen di kawasan bandar.

“Kita tahu DAP mendapat banyak sokongan daripada masyarakat bandar. Agenda ini hanya akan memperkukuh kedudukan DAP dan memudahkan usaha mereka untuk mengimplementasi konsep ‘Malaysian Malaysia’ seperti yang dimahukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Kamarul berkata, sokongan Dr. Mahathir dan Muhyiddin terhadap agenda Kit Siang seolah satu bentuk pengkhianatan kepada masyarakat Melayu kerana umum mengetahui, penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan adalah bertujuan untuk menarik undi orang Melayu.

“Pemimpin PPBM tidak sepatutnya membiarkan perjuangan parti mereka dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan kuasa,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana