Mahfuz boleh jadi calon kerusi Pokok Sena - Amanah Kedah....Calun Kali Ini Confirm Kalah Lah Mahfuz Ni

SHAH ALAM: Tidak mustahil Amanah Kedah akan mempertimbangkan Datuk Mahfuz Omar untuk dijadikan calon bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Amanah Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, namun setakat ini parti serpihan PAS itu masih belum memutuskan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

"Amanah kawasan Pokok Sena tidak ada masalah dengan Datuk Mahfuz, begitu juga Amanah negeri tidak ada apa. Yang ada itu adalah sebahagian daripada ahli-ahli di Pokok Sena yang tak berapa setuju dengan Mahfuz dan waktu tu dia adalah (wakil rakyat) bebas.

"Saya kira bila dia telah bersama dengan Amanah, sebahagian daripada tidak puas hati di bawah itu akan selesai. Ini tidak besar, ini kecil," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Ujar beliau tindakan Mahfuz itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan, sebaliknya ia sudah dijangka bahawa beliau akan menyertai Amanah, selepas genap 45 hari meninggalkan PAS.

Terdahulu, beliau meninggalkan PAS pada penghujung tahun 2017 selepas lebih 20 tahun berada dalam parti berteras Islam itu.

Mahfuz, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999 atas tiket PAS sebelum ini didakwa ditolak Amanah Bahagian Pokok Sena jika dipilih sebagai calon kerusi itu pada PRU14.

Untuk rekod, sepanjang empat kali pilihan raya umum, Mahfuz, menang tiga kali iaitu pada 1999, 2008 dan 2013. Beliau hanya tewas pada 2004.

Berdasarkan agihan kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH), Pokok Sena adalah kawasan yang bakal ditandingi oleh Amanah.

Dalam pada itu mengulas berkenaan penyertaan bekas ketua penerangan PAS itu, Ismail menzahirkan terima kasih kepada Mahfuz atas kesudiaannya menyertai Amanah.

Ujarnya, penyertaan beliau yang sudah dijangka itu sudah semestinya memberi suntikan tambahan buat parti serpihan PAS itu bukan sahaja di peringkat negeri malah nasional.

"Kita ucap terima kasih kepada Datuk Mahfuz kerana memilih Amanah, yang saya rasa memang jiwa daripada dahulu pun Amanah. Hari ini (semalam) dia baru isi borang dan sertai Amanah. Saya kira ini beri suntikan tambahan kepada kekuatan Amanah Kedah dan juga PH Kedah, dan juga kekuatan di peringkat nasional.

"Saya rasa akan dapat manfaat daripada kemasukan Datuk Mahfuz," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana