Mahathir Sah Pecah Rekod PM Tertua Di Dunia!

CIPTA SEJARAH… Ketika negara-negara Barat yang lebih maju waima negara-negara Afrika yang agak mundur cenderung memilih pemimpin berusia muda, lain hal pembangkang di Malaysia.
Umum maklum Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari lalu bersetuju menamakan bekas negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri yang ketujuh jika blok itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Cadangan yang di luar jangkaan itu bukan sahaja mengejutkan penganalisis politik tempatan bahkan menjadi bahan jenaka di seluruh dunia apabila Malaysia bakal mendapat perdana menteri baharu yang berusia hampir 100 tahun!

Untuk rekod, perdana menteri paling tua di dunia ketika ini masih lagi disandang Morarji Ranchhodji Desai apabila tokoh pembangkang terkenal India itu menjadi ketua kerajaan negara tersebut pada 1977 lalu dalam usia 81 tahun.

Beliau yang menjadi perdana menteri sehingga 1979, turut melakar sejarah kerana mengakhiri pemerintahan parti pengasas kemerdekaan daripada penjajahan British iaitu Kongres Kebangsaan India yang berkuasa sejak 1947.

Namun Guinness World Records turut memperakui Philippe Petain yang pernah mentadbir Perancis pada 1940 semasa sudah berumur 84 tahun sebagai ketua kerajaan tertua di dunia setaraf jawatan perdana menteri ketika ini.

Malangnya rekod itu dipertikai banyak pihak kerana pentadbir rekod antarabangsa tersebut tidak pula mengiktiraf Aneerood Jugnath yang dilantik sebagai Perdana Menteri Mauritius pada 2014 lalu juga dalam usia 84 tahun.

Bagaimanapun, jangan bimbang kerana rekod itu bakal pecah di Malaysia pula tahun ini jika mengikut impian aneh pihak PH yang mendakwa Mahathir, 92, tiada masalah besar menewaskan kerajaan dan menjadi perdana menteri.

Hakikatnya, pembangkang empat parti komponen yang tidak disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu tiada pilihan selain memupuk politik kebencian dalam kalangan rakyat untuk menakluk negara ini pada PRU ke-14.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, PH sedar mereka tidak akan menang pada PRU akan datang dan sebab itu muncul manifesto berbaur populis dengan harapan ada terpesona untuk mengundi mereka.

“Manifesto PH semata-mata bersifat populis kerana mereka tahu pada PRU ke-14 nanti, mereka akan gagal. Itulah wujudnya lambakan manifesto yang populis… Mana tahu kot-kot ada juga orang terpesona hendak undi mereka!

“Cuma saya nak jelaskan. Belum pernah berlaku dalam sejarah seorang berumur hampir 93 tahun dijanjikan untuk menjadi perdana menteri, kemudian dijanjikan memegang pimpinan selama dua penggal bersamaan 10 tahun.

“Bayangkan 93 tahun tambah 10 tahun lagi, kita bakal ada PM berumur 103 tahun… Ini adalah sejarah. Melainkan, PH diketuai Mahathir buat pusingan U kerana berpegang kepada konsep ‘manifesto itu bukan janji’,” sindirnya.

Budiman berkata demikian pada forum anjuran laman Mykmu.net bertajuk ‘Manifesto Pakatan: Realiti atau Ilusi’ yang menampilkan editor portal Agendadaily, Helme Hanafi bertindak sebagai moderator di ibu negara semalam.

Turut hadir sebagai ahli panel ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Nazir Akhtar Husien dan pensyarah Universiti Utara Malaysia KL, Prof. Madya Dr. Noor Sulastry Yurni Datuk Ahmad Othman Yeop Abdullah.

Tambah Budiman, PH membuat janji populis kerana jelas tiada pengalaman dalam memeritah negara bahkan telah dipahatkan di dalam minda mereka, sebagai pembangkang mereka hanya layak menjanjikan bulan dan bintang.

“PH sendiri pernah memegang kata bahawa manifesto itu bukan janji, rentetan daripada isu lebih 2,000 orang ibu tunggal di Selangor menuntut janji kerajaan negeri itu bantuan RM100 ringgit jika berjaya memerintah Selangor.

“Tapi, mahkamah rayuan telah memutuskan bahawa manifesto itu memang pun bukan janji. Maka pembangkang berpegang kepada kata-kata mahkamah itu. Kalau ikut sejarah, manifesto PH boleh dipersoalkan integritinya.

“Di peringkat awal lagi manifesto mereka boleh dipersoalkan,” kata Budiman. Tambahnya, Mahathir pernah berkata Melayu mudah lupa, kata-kata seolah ditujukan kepada dirinya sendiri kerana kini beliau sering membuat U-turn.

“Mahathir pernah kata Melayu mudah lupa. Ini beri gambaran kepada dia yang mudah tabur janji dan mudah lupa. Kebetulan pula diputuskan pihak mahkamah bahawa manifesto ketika kempen PRU itu juga bukan janji,

“Justeru mereka berasa boleh buat apa saja. Laksana atau tidak, itu perkara nombor dua!” jelas Budiman dalam nada sinis sebagai merujuk kepada manifesto PH yang dilancarkan baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana