Mahathir Lebih Sayangkan DAP Dari PPBM

ebenarnya, amat sukar buat Tun Dr Mahathir Mohamad menyembunyikan rasa sayangnya kepada DAP, lebih daripada sayangnya dengan partinya sendiri iaitu PPBM. Manakan tidak, sejakd ari awal pembabitannya dengan Pakatan Harapan, antara parti yang dicarinya terlebih dahulu adalah DAP dan pemimpin utamanya, Lim Kit Siang.

Mungkin kita menganggap, pelbagai tuduhan dan kata-kata nista yang dilemparkan Mahathir terhadap DAP semasa dia berkuasa dahulu, adalah perjuangan sebenar Mahathir semasa dia berkuasa. Namun, berapa ramai yang menyedari bahawa, Mahathirlah individu yang bertanggungjawab mengubah deretan kroni dari kaum Cina menjadi bilionair di negara ini?

Apa yang menariknya, deretan kroni kaum Cina yang dibela Mahathir semasa dia berkuasa dahulu, tidak ada seorang pun yang berani mengumumkan pendirian politik mereka. Lebih hebat lagi, salah seorang kroninya dengan bermurah hati mendermakan wang mencecah angka ratusan juta hanya untuk membantu Pakatan Harapan.

Berbanding PPBM yang dipengerusikan olehnya, parti ini boleh dianggap tidak mempunyai dana yang cukup kuat serta dianggotai oleh mereka yang bukannya berlatar belakangkan jutawan mahupun bilionair. Jika ada sekalipun, hanya dirinya dan Datuk Seri Mukhriz sahaja yang boleh dianggap memiliki kekayaan yang luar biasa.

Mana mungkin Mahathir mahu mendermakan wangnya sendiri untuk membangunkan PPBM. Buktinya cukup mudah. Sekiranya Mahathir benar-benar mahu membangunkan PPBM sebagai sebuah parti politik yang kuat, apalah salah sekiranya Mahathir mendermakan wang yang dimilikinya untuk parti. Ini tidak, dia sendiri melancarkan tabung derma untuk membantu PPBM dalam gerak kerja kempen.

Berbanding DAP, Mahathir amat menyedari bahawa para kroni belaannya tidak lokek untuk menyalurkan dana kepada DAP memandangkan ianya turut melibatkan persamaan bangsa. Dari sinilah Mahathir mempergunakan apa jua dana mahupun sumber untuk membantu diri dan anaknya berkempen bagi mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila Mahathir seolah-olah langsung tidak mempedulikan nasib PPBM yang berkemungkinan besar di batalkan pendaftarannya akibat beberapa perlanggaran Perlembagaan parti.

Lebih hebat lagi, sekiranya PPBM di batalkan pendaftarannya, Mahathir sudah merangka rancangan untuk bertanding di bawah tiket DAP tanpa sedikitpun menyentuh mengenai nasib parti dan semua ahlinya. Nampaknya, bagi Mahathir, PPBM hanyalah alat yang selagi boleh dia guna, dia akan gunakan hanya untuk mencapai cita-cita dan impian politik rakusnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana