LGE terdesak kaitkan CEO Star juga bergambar bersama suspek

Lim Guan Eng dilihat semakin terdesak untuk menepis dakwaan kononnya beliau tidak mengenali seorang ahli perniagaan kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM baru-baru ini.

Ia jelas apabila satu per satu penafian dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang dilihat semakin panas punggung.

Malah yang terbaru Guan Eng menuduh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Wong Chun Wai juga pernah bergambar bersama dengan suspek tersebut.

Namun hakikatnya keadaan dan situasi gambar itu jelas teryata berbeza sama sekali.

Adakah Guan Eng sengaja membuat provokasi begitu bagi menunjukkan Chun Wai turut menerima sogokan daripada mana-mana pihak tertentu.

Bagaimanapun Chun Wai dalam kenyataannya menjelaskan sebagai salah seorang pengamal media dan kedudukannnya adalah menjadi kebiasaannya untuk berjumpa dan bergaul dengan pelbagai orang.

“Banyak kali, saya diminta untuk mengambil gambar dengan mereka, yang kebanyakannya tidak diketahui saya. Saya tidak tahu ini orang tertentu yang terlibat (dalam projek terowong),” katanya.

Jelas Chun Wai gambar yang ditunjukkan Guan Eng telah diambil pada 8 Ogos tahun lepas di Malam Anugerah Harta Tanah StarProperty.my 2017 di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur.

Chun Wai juga secara sinis menyindir semula Guan Eng terhadap dua lokasi berbeza yang diambil di dalam gambar tersebut termasuklah situasi memakai kasut berbeza dengan Guan Eng.

“Seperti yang terbukti dalam foto ini di mana terdapat lebih daripada dua orang hadir, ini adalah majlis awam dan bukannya di kediaman persendirian seseorang.

“Saya memakai sut hitam untuk jamuan makan malam itu dan sudah pasti memakai kasut ketika gambar itu diambil,” katanya.

Sebelum ini, gambar tersebut telah didedahkan oleh timbalan pengarah komunikasi strategik BN Eric See-To.

Namun Guan Eng, menafi mengenali secara dekat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu dengan mendakwa sebagai seorang pemimpin dikenali ramai, beliau berhak merakamkan gambar kenangan bersama sesiapa yang dikehendakinya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, mendakwa gambar yang diambil Guan Eng bersama suspek adalah di kediaman ahli perniagaan berkenaan dan bukannya dirakamkan di mana-mana majlis keraian.

Justeru, katanya, ia seakan-akan menunjukkan Guan Eng dan suspek, saling mengenali secara dekat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana