KEMBALI KEPADA SST AKAN SEBABKAN HARGA BARANG NAIK – KP KASTAM

Kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan menyebabkan harga barangan meningkat kerana perubahan kepada sistem tersebut sangat mahal.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam berkata, peniaga akan mengatakan mereka perlu melatih semula pekerja dan memberikan 1001 alasan dan kos tersebut akan dibebankan kepada pengguna.

“Hakikatnya, peniaga akan sekali lagi cuba mengambil untung berlebihan dan kita akan melihat satu lagi pusingan inflasi disebabkan perubahan sistem.

“Kos-kos ini akan dilepaskan kepada pengguna dan menyebabkan harga barangan meningkat. Ia akan menyebabkan peningkatan dua kali ganda.

“GST menghapuskan cukai dua kali di SST yang mana pengguna perlu membayar harga yang lebih adil kepada hampir kesemua barangan GST berbanding SST.

“Di bawah GST, terdapat ketelusan yang pengguna mengetahui sama ada barang mereka dikenakan cukai atau tidak dan mereka tahu jumlah yang perlu dibayar.

“Ini akan mengurangkan kesan pasaran gelap.

“Siapa yang anda cuba lindungi? Anda mahu menyokong perniagaan yang cuma bersembunyi di sebalik beberapa akaun?,” katanya kepada akhbar TheStar

Menurut Subromaniam, perolehan daripada GST akan digunakan untuk pembangunan dan sosial seperti penjagaan kesihatan dan infrastruktur.

Tahun lepas, kerajaan mengutip RM41 bilion daripada GST.

“GST adalah cukai pada masa depan kerana dunia kini sedang bergerak ke arah e-perdagangan dan ekonomi digital.

“Kita tidak mengenakan cukai kepada syarikat antarabangsa seperti Google atau Netflix. Kita hanya mengenakan cukai kepada syarikat tempatan seperti iflix.

“Lihat kepada Singapura, mereka telah mula melaksanakan GST ke atas perkhidmatan digital import menjelang 2020.

“Ia mempunyai potensi besar dari segi perolehan dan tidak munasabah untuk kembali semula kepada SST yang tidak boleh digunakan untuk ekonomi baharu,” katanya lagi sambil menambah GST telah dilaksanakan kepada lebih 160 negara tetapi tiada satu negara pun yang mengambil langkah kebelakang kembali kepada sistem percukaian lama.- theRakyat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana