Kata #PRU14 Paling Kotor, Tapi Maria Chin, S Ambiga Dan Mahathir Sibuk Hendak Bertanding

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad adalah seorang penipu apabila mendakwa PRU14 adalah pilihan raya terkotor dalam sejarah Malaysia dan dunia kerana sebenarnya ia adalah pilihan raya yang paling bersih dalam sejarah.

Mahathir berbohong kerana pada PRU14 ini baru Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah begitu yakin dengan tahap bersihnya pilihan raya kali ini apabila sanggup meletakkan jawatan dan bertanding.

Dalam satu sidang media, Mahathir membuat kenyataan itu kerana mendakwa parti Barisan Nasional (BN) sedang cuba memanipulasi pilihan raya untuk memastikan kemenangan parti pemerintah itu.

“Ini menunjukkan penipuan sedang berlaku. Dia menjadi PRU yang terkotor dalam sejarah Malaysia dan mungkin dalam sejarah dunia.

“Ini akan berlaku tapi pihak kami akan teruskan persiapan untuk hadapi PRU ini,” kata Mahathir dalam sidang media Majlis Presiden PH.

Jadi bagaimana pula dengan tindakan Maria Chin yang sudah lama bergiat dengan Bersih sejak perhimpunan haram Bersih pertama pada 2007 sehingga perhimpunan Bersih 5 iaitu pada 2016. Maria Chin sebenarnya yakin dengan pilihan raya negara ini sampai mahu mencuba.

Jika pilihan raya di Malaysia tidak telus dan penuh dengan penyelewengan, sudah pasti seorang aktivis organisasi yang memperjuangkan pilihan raya yang adil tidak akan bertanding kerana bakal kalah ekoran penyelewengan yang banyak.

Bukan itu hanya Maria Chin, pemimpin Bersih terdahulu S Ambiga juga khabarnya mahu bertanding dalam PRU14 kali ini.

Lebih melucukan, orang yang mendakwa sendiri pilihan raya umum kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia dan dunia turut sama mahu bertanding malahan ada angan-angan untuk jadi Perdana Menteri jika menang.

Mereka ini buat cerita dan berita palsu sesuka hati tetapi pada masa sama membuka pekung diri mereka sendiri.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga sentiasa mendakwa PRU di negara ini yang paling kotor tapi mereka setiap kali bertanding dan setiap kali menang. Bukankah jika mendakwa pilihan raya kotor pada setiap edisi ini sepatutnya dibiarkan tewas dalam penyelewengan pilihan raya tapi kenapa mereka tetap menang.

Pengundi dan rakyat perlu buka pemikiran dan lihat bagaimana permainan politik mereka. Bertanding berubah-ubah tempat dan bertukar-tukar cerita berceramah dengan cerita bohong entah bagaimana dapat mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan untuk menyokong mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana