"Jangan jerit hidup BN di mulut... tapi dalam hati tidur!!!"

Barisan Nasional Perak perlu memberikan kemenangan selesa dan bergaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14 ) kali ini, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengharapkan Perak dapat menyumbang 24 Parlimen yang merupakan bilangan besar kepada majoriti diperingkat nasional.

``Saya juga harap kerajaan yang kuat di Perak ini dan saya juga mengharapkan semangat BN ini…sebab disini di Perak ini betul-betul ada cerminan BN dari segi bilanganpun pengundi Melayu ialah 50 peratus.’’ katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap melancarkan jentera pilihan raya BN Perak dan majlis pertemuan dengan Badan Perhubungan UMNO serta pemimpin Barisan Nasional (BN) Perak di Pusat Konvensyen Amanjaya di Ipoh pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi BN Perak, Datuk Ser Dr Zambry Abd Kadir, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong, Pengerusi MCA Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Pengerusi MIC Perak Datuk V.Elango.

Dalam ucapannya Najib juga mahu menetapkan KPI  bagi BN Perak iaitu mencapai kemenangan yang lebih baik daripada PRU13.

Beliau juga mengingatkan ahli parti supaya menguatkan semangat kepartian BN dalam setiap parti .

``Jangan memikirkan diri kita dulu… kita jangan fikir kerusi kita… saya tak mahu orang parti menjerit, melaung hidup BN pada mulut tapi dalam hati tidur….tidak boleh.

``Kita mesti terjemahkan dalam bentuk tindakan… sikap kita, kesetiaan kita …walaq kita….bila sipolan ni jadi calon kita sokong …kita mesti sokong antara satu sama lain….kalau tak jadi wakil rakyat bukan `end of the world’…banyak lagi boleh kita bantu…kita tolong,’’ujarnya.

Najib turut bersetuju dengan pendapat Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  dalam ucapan aluannya (Dr Zambry)  yang mengatakan semangat dihampir setiap parlimen negeri Perak telah memperlihatkan semangat jitu.

``Saya harap majlis seperti ini menambahkan lagi kesepakatan kita dan meningkatkan  lagi persefahaman kita sebagai sebuah parti atas prinsip BN kerana kita akan berdepan ujian yang besar dalam masa yang tidak berapa lama lagi.

``Ujian ini menuntut kita menang…sebab itu kita nak menang dengan bergaya supaya bolah tubuh sebuah kerajaan yang kuat yang tak boleh diganggu gugat oleh sesiapa.

``Bila kita ada kerajaan yang `gah’ banyak perubahan ….transformasi TN50 dan sebagainya yang mampu direalisasikan.’’ Kata Najib.

Beliau juga minta ahli parti mengambil iktibar dan pengajaran peristiwa pemerintahan 11 bulan pembangkang di Perak agar peristiwa hitam itu tidak berulang lagi.

Najib berkata, semasa peristiwa itu beliau yang dilantik pengerusi perhubungan UMNO Perak dan BN Perak Berjaya menumbangkan kerajaan pakatan pembangkang dan menubuhkan kerajaan BN.

``Pada PRU 13 kita menang…jadi pada kali ini kita akan lihat kemenangan dengan lebih gagah lagi,

``Saya nak tetapkan KPI bagi negeri Perak …. saya mahu keputudan PRU14 lebih baik daripada PRU13,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana