Isytihar Harta: Mana Batang Hidung Pemimpin PPBM?

Rafizi baru-baru ini dedahkan bahawa setakat ini hanya 103 pemimpin Pakatan yang telah isytiharkan harta dengan Invoke Malaysia, dan itu pun melibatkan pemimpin PKR dan PAN.

Hurmmmm, mana batang hidung pemimpin PPBM? Mana pemimpin DAP? Walaupun pengisytiharan harta itu bukan satu paksaan, tapi pembangkang kan selama ni sibuk jaja kononnya mereka ni telus lah, tak rasuah lah... Paling suci lah katakan. Malah Rafizi juga akui, rata-rata pemimpin Pakatan 'berat' nak isytihar harta atas pelbagai sebab.

Owhhh lupa. Pemimpin PPBM khususnya Tun Mahathir dan anaknya, Mukhriz kan terkenal dengan kekayaan yang luar biasa. Siapa yang tak ingat gambar anak Mukhriz bercuti sakan atas kapal layar mewah? Kekayaan Tun Mahathir anak beranak makan sampai tujuh keturunan pun tak habis.

Sebelum ni Tun Mahathir kata dia sedia isytihar harta kalau jadi calon PRU14. Jadi kita tunggu dan lihat lah, dia kotakan atau tidak janjinya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana