Guan Eng…gambar dulu nafi kenal Datuk Seri…ini bagaimana?

Apa cerita ini? Sebelum ini satu gambar keluar dan kini satu lagi.Betul atau tidak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus tampil segera untuk beri penjelasan.

Setiausaha Agung DAP itu tentu tahu ini kes serius.

Orang yang dalam gambar bersamanya bukan orang biasa tetapi suspek kes terowong dasar laut Pulau Pinang yang telah ditahan dan direman oleh SPRM.

Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu disiasat kerana dipercayai terima RM19 juta dari kontraktor utama projek itu bagi bantu menutup tutup siasatan SPRM dalam kes terowong.

Sebelum ini lokasi gambar mereka bersama yang tersebar dipercayai di rumah ahli perniagaan itu.

Pada 11 Mac lalu, Pejabat Ketua Menteri menafikan Guan Eng mengenali secara dekat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri berkenaan.

Menurutnya Guan Eng banyak orang ambil gambar dengannya dan tidak pasti bila dan dimana gambar itu diambil.

Sebaliknya Bendahari Agung MIC Datuk Seri Velpari kelmarin dakwa beliau yakin gambar berkenaan diambil di rumah Datuk Seri itu.

Katanya Guan Eng boleh samannya jika tidak betul.

Gambar terbaru ini lebih mencetuskan tandatanya kerana Guan Eng bersama Datuk Seri itu berdua dalam sebuah kereta.

Apakah Datuk Seri itu lompat masuk keretanya untuk selfie atau sebaliknya Ketua Menteri itu masuk kereta Datuk Seri itu untuk selfie.

Andaian itu agak tidak lojik kerana dari suasana gambar nampak mereka mesra dan kenal baik satu sama lain.

Gambar tersebut dikatakan diambil pada Ogos tahun lalu.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata Guan Eng tidak boleh memberi alasan beliau mengambil gambar dengan ramai orang seperti yang didakwanya ketika gambar pertamanya bersama ahli perniagaan itu tular di media sosial.

“Guan Eng, Jangan buang masa lagi dan sila cakap perkara sebenar.

“Bukan sebarang individu boleh duduk di dalam kereta bersama Ketua Menteri dan mengambil gambar bersama,” katanya.

Turut mendesak Setiausaha Agung DAP itu adalah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang mempersoalkan keintiman kedua-duanya dalam foto berkenaan.

“Bagaimana mereka boleh berada bersama di dalam kenderaan yang sama? Adakah mereka mengambil perkhidmatan Uber bersama? Guan Eng perlu jawab soalan ini kerana ia amat serius,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana