Dr.Mahathir disindir dulu kata Nik Aziz nyanyuk bertanding umur 82...Akhirnya Kena Batang Hidung Sendiri

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu ditunjukkan video sindirannya terhadap bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu bertanding pada usia 82 tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Individu ‘selayaknya’ menunjukkan video tersebut yang kini kembali tular sudah tentu anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz supaya mereka dapat sama-sama mengingati kembali apa yang pernah diperkatakan Dr. Mahathir dalam rakaman berkenaan.

Menerusi video itu, Dr. Mahathir menyifatkan Allahyarham Nik Abdul Aziz sebagai orang tua nyanyuk yang masih mahu bertanding walaupun telah mencecah umur 82 tahun.

Menurut bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, kelantangan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP mengkritik Nik Abdul Aziz seperti yang dapat disaksikan dalam video berkenaan menepati pepatah Melayu, meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

Katanya, tindakan terdesak Dr. Mahathir membuat pusingan U dengan kembali bertanding kali ini boleh difahami sebagai hanya kerana mahu melunaskan dendam ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Pada masa sama, katanya, tindakan Dr. Mahathir menjilat ludah sendiri menunjukkan beliau rela dipergunakan seteru lamanya iaitu DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Pada usia 93 tahun, Dr. Mahathir tidak seperti dulu yang ada pemikiran tajam. Sayangnya, di akhir perjalanan hayat beliau hanya dipalit dengan kebencian dan pengkhianatan.

“Dr. Mahathir saya percaya sudah pasti menjadi bahan sejarah yang langsung tidak berguna lagi jika Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya dipetik media hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana