AWAS DENGAN JARUM HALUS DAP UNTUK MALAYSIAN MALAYSIA

Dasar DAP di Pulau Pinang yang berusaha menonjolkan imej mesra kepada pengundi Melayu seperti meningkatkan elaun imam dan guru agama mungkin merupakan jarum-jarum halus parti itu untuk menyuntik persepsi kononnya konsep Malaysian Malaysia tetap tidak meminggirkan soal Islam dan Melayu.

Sedangkan, konsep Malaysian Malaysia yang dipegang teguh DAP sejak dahulu jelas menimbulkan persoalan terhadap kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera serta agama Islam kerana konsep berkenaan berpaksikan kesamarataan.

Mengulas isu tersebut, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi berpendapat, bantuan dan peruntukan untuk pembangunan Islam dan orang Melayu di Pulau Pinang merupakan strategi serampang dua mata DAP untuk terus kekal dalam pentas politik Malaysia.

“Dari segi jangka masa panjang, mereka akan berusaha menambat hati pengundi Melayu dengan cara melaksanakan manifesto Pakatan Harapan yang sebahagiannya turut memuatkan agenda Melayu.

“Antara petunjuk yang boleh dinilai sekarang ialah dasar DAP di Pulau Pinang yang berusaha untuk menonjolkan imej yang mesra kepada pengundi Melayu seperti meningkatkan elaun imam dan guru agama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Muein, DAP bukan sahaja perlu mengekalkan sokongan masyarakat Cina yang sedia ada, malahan turut perlu memperoleh sokongan masyarakat Melayu tanpa perlu bergantung kepada sekutunya dalam Pakatan Harapan lagi.

Oleh sebab itu, DAP tidak teragak-agak untuk menerima agenda Melayu diletakkan dalam manifesto Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama, mereka juga tidak pernah berganjak dari konsep Malaysian Malaysia yang mereka pegang sejak dahulu lagi.

“Walaupun mengetahui segelintir pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tegar memperjuangkan hak istimewa Melayu dan Islam sebelum ini, namun DAP sanggup berkompromi dahulu dengan PPBM untuk menguasai pemerintahan dalam masa terdekat.

“Penegasan terhadap konsep Malaysian Malaysia dibuat sekadar untuk mengukuhkan sokongan kelompok penyokong DAP sedia ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana