3 calon MB Selangor bakal ubah pentadbiran Azmin

Dua nama calon Menteri Besar Selangor naik jika BN mampu merampas daripada PH iaitu Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dan Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.

Dua calon ini dikatakan mendapat penerimaan ramai berdasarkan karakter masing-masing yang mudah didekati rakyat.

Ketika ditanya kepada dua pemimpin itu tentang perkara tersebut, Mat Nadzari berkata, sebarang jawatan ditentukan oleh Perdana Menteri.

“Ini hak Perdana Menteri. Tugas saya melaksanakan apa yang diamanahkan,” katanya seperti dilaporkan.

Kenyataan yang sama turut dikeluarkan Budiman dengan menjelaskan pimpinan parti lebih tahu kedudukan yang sesuai untuknya.

“Saya adalah gurkha parti. Pucuk pimpinan lebih mengetahui di mana posisi saya harus diletakkan,” ujarnya.

Seorang lagi nama turut tersenarai menjadi calon Menteri Besar Selangor iaitu Setiausaha UMNO Negeri Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Johan ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan menentukan siapa yang mahu dipilih mengetuai negeri itu.

“Kita di Selangor serah pada pucuk pemimpin. Dalam kotak pemikiran kita sekarang hanya untuk bekerja dan memastikan kemenangan,” katanya.

Cadangan nama calon ini dikatakan perlu supaya rakyat boleh membuat pilihan dengan baik untuk melaksanakan perkara yang lebih baik daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia dinyatakan sendiri oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagai salah satu strategi BN yang sebenarnya sudah bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan PH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana