1MDB di Switzerland : Kebenaran menang, 'fake news' kalah...Kenapa Jahat Sangat Perangai Mereka Ini?

Bukan lagi rahsia... empat aktivis pembangkang yang berselindung di sebalik NGO-NGO pro pembangkang pergi ke Switzerland untuk melobi sokongan ahli Parlimen negara itu berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rangkaian mereka meluas dan didalangi oleh beberapa pihak berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Namun hari ini berkata keadilan dan akal mengatasi kepalsuan berhubung berita palsu dan pelaporan berat sebelah berkaitan 1MDB.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata usul yang dibentangkan oleh Anggota Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga, hari ini dibahaskan di Perhimpunan Kebangsaan Switzerland (Parlimen) ditolak.

Sebelum ini, pemimpin Bersih dan beberapa NGO lain tanpa rasa malu cuba menyebarkan berita palsu dengan mengaitkan usul itu dengan 1MDB.

Ia kemudian dilaporkan secara meluas oleh agensi berita asing yang mempunyai agenda memburukkan Malaysia dan disambut oleh pemimpin pembangkang di negara ini.

"Mereka telah mengkhianati dengan menghantar surat kepada anggota-anggota Parlimen Switzerland dan wakil-wakil NGO Malaysia membuat perjalanan ke Switzerland, untuk melobi anggota-anggota parlimen Switzerland supaya menyokong usul tersebut.

"Parlimen Switzerland hari ini mengundi menolak usul tersebut dengan majoriti 138 anggota Parlimen mengundi menentang usul itu, dan hanya 53 anggota parlimen menyokong," kata Salleh menerusi catatan terkini dalam blog beliau, malam ini.

Salleh berkata kedudukan 1MDB dan Kementerian Kewangan sangat jelas dan usul itu hanya menyentuh perhatian Kerajaan Switzerland, Parlimen Switzerland dan Mahkamah Switzerland.

"Ia tidak ada kaitan dengan 1MDB kerana wang yang disebut-sebut oleh pembangkang bukan milik 1MDB," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana