Saya berguru dengan Dr Mahathir...jadi jangan marah – Nazri Aziz

Siapa yang tidak tahu stail Datuk Seri Nazri Aziz kalau bercakap pasal Tun Dr Mahathir Mohamad.Komenter Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mengenai bekas bosnya cukup menyengat dan adakalanya nampak terlalu kasar.

Malah Menteri pelancongan dan Kebudayaan itu secara terbuka mengakui sikapnya yang agak kurang ajar.

Katanya beliau bersikap demikian ada asas yakni pernah berguru dengan bekas Perdana Menteri itu sepanjang tempoh lima tahun beliau berkhidmat dibawahnya dulu.

“Sebab itu, saya boleh serang dia kerana dia tahu, saya tahu. Banyak benda yang Dr Mahathir buat sekarang, kalau zaman dia jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dulu, dia akan pancung kita, kalau kita buat apa yang beliau buat sekarang ini,” katanya.

Nazri berkata demikian ketika menjadi ahli panel program diskusi Perjuangan 4All yang diadakan secara langsung daripada Dewan Kesedar Kuala Krai Jumaat malam.

Katanya, sepanjang tempoh beliau berkhidmat di bawah Dr. Mahathir, banyak nasihat yang diberikan oleh mantan presiden UMNO itu tentang soal-soal politik dan perjuangan untuk agama, bangsa dan juga negara.

“Saya nak beritahu Dr Mahathir, dulu beliau sendiri yang ajar saya, bagaimana perlunya perjuangan kita untuk bangsa Melayu khususnya, dan dalam masa yang sama perjuangan kita adalah untuk semua bangsa di negara ini.

“Macam-macam dia nasihat saya sepanjang tempoh lima tahun saya berkhidmat di bawahnya. Termasuklah sekiranya saya dikatakan bersikap kurang ajar, beliaulah yang mengajar saya jadi kurang ajar”, tegasnya.

Justeru katanya lagi piha tertentu tidàk boleh marah dengan sikapnya yang bertindak sedemikian.

“Jadi jangan marah kepada saya. Beginilah, jika kita berguru, kemudian guru kita buat perkara yang dulu dia beritahu kita supaya jangan buat, sudah tentu anak murid akan mengamuk. Sebab itulah saya mengamuk terhadap beliau hari ini. Sebab beliau banyak menipu.

“Saya sehingga sekarang ini, masih ikut apa yang beliau ajar saya ketika saya berkhidmat dengannya, tetapi apabila hari ini beliau membuat perkara-perkara yang tidak betul, saya tidak boleh duduk diam. Sebab saya masih hidup lagi dan saya masih ingat lagi apa yang beliau ajar saya. Saya tidak lupa.

Justeru, Ahli Parlimen Padang Rengas itu menasihati rakyat agar tidak mempercayai Dr Mahathir, kerana apa yang beliau lakukan hari ini ternyata bercanggah dengan apa yang beliau katakan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun.

“Saya cakap terus terang, janganlah percaya kepada Dr Mahathir. Pada saya, beliau kaki penipu besar. Ya, saya berani bercakap begitu.

“Saya tak takut, walaupun mungkin ada orang marah pada saya, tapi saya tahulah, kerana saya menjadi menteri dibawahnya. Saya tahu apa yang beliau cakap”, ujarnya.

Sementara itu, Nazri turut mendedahkan, Dr Mahathir menjadi terlalu marah kepada Datuk Seri Najib kerana beliau melihat Perdana Menteri tidak memberikan sokongan politik kepada anaknya, Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan UMNO ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden UMNO.

“Mula-mula beliau marah kepada Datuk Seri Najib apabila Boboy (Mukhriz) kalah bertanding dengan Khairy Jamaluddin bagi jawatan  Ketua Pemuda. Bila Datuk Hishammuddin melepas jawatan sebagai Ketua, maka sudah tentulah Khairy akan bertanding kerana beliau Naib. Dan sudah tentulah kita akan menyokong Khairy kerana beliau naib.

“Kali kedua beliau marah apabila Datuk Seri Najib tidak dapat mengikuti kemahuannya supaya tidak melantik Khairy sebagai Menteri. Ketika ura-ura Khairy akan dilantik menjadi menteri, beliau pergi sendiri berjumpa dan meminta Datuk Seri Najib supaya tidak melantik Khairy menjadi Menteri. Beliau mungkin bimbang populariti Khairy akan mengalahkan anaknya yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kedah.

“Kali ketiga beliau marah  terhadap Datuk Seri Najib apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Dan kali keempat beliau menjadi marah kepada Datuk Seri Najib, apabila Mukhriz digugurkan daripada jawatan Menteri Besar.

“Pengguguran Mukhriz sebagai MB Kedai tidak dapat beliau terima. Dan lantaran kerana anak kesayangannya itu, kini beliau tidak peduli lagi tentang prinsip. Kalau selama ini beliau menjadi individu yang kita bangga-banggakan, dia sudah tidak peduli semua itu lagi. Apa yang dilakukan beliau hari ini ialah kerana dendam kesumatnya kepada Datuk Seri Najib kerana tidak memberikan sokongan politik kepada anaknya,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana