PRU14: Awas sebelum Hari Raya Aidilfitri…

Siapa nak teka boleh teka. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pada Ahad menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihanraya umum ke 14 mungkin diadakan sebelum Hari Raya Aidilftiri.

Pada 2 Februari lalu semasa majlis penyerahan surat untuk jemaah Haji tajaan Yayasan 1MDB Perdana Menteri memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan sebelum mereka berangkat ke tanah suci 14 Julai ini.

Berucap pada majlis Semarak Mahabbah di Sekolah Agama Maahd Al-Islah di Sungai Manik Teluk Intan pada Ahad Zahid kata ,"kita ada tiga raya...raya Cina baru lepas...sebelum raya haji, kita ada raya puasa tapi sebelum raya puasa, kita ada satu lagi 'raya besar'.

Tarikh mandat kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan berakhir pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.

Kalau ambil kira sebelum Hari Raya Aidilfitri dijadual 15 Jun ramai yang tolak kemungkinan PRU 14 diadakan dalam bulan Ramadhan yang dijadual bermula 17 Mei.

Maka waktu yang harus kena teropong ialah antara awal April hingga sebelum Ramadhan.

Sesi sidang Parlimen penggal pertama akan berlangsung dari 5 Mac dan berakhir pada 5 April.

Dalam ucapan beliau Zahid turut menyentuh tentang pentingnya meninggikan martabat agama Islam berbanding perkara lain termasuk politik.

"Atas nama agama, kita harus memberikan noktah dan meletakkan titik penamat kepada perbedaan minda, perbedaan pemikiran serta sikap kerana pendirian agama cukup tinggi berbanding perkara lain," katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM680,000 bagi menambah baik infrastruktur di sekolah berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana