PM tinjau pusat bedah katarak murah untuk rakyat…PM Kita Memang Terbaik Lah

Sekalipun sentiasa sibuk mengurus hal-hal besar dalam pentabiran negara,dari masa ke semasa Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi perhatian kepada hal-hal kecil tetapi menyangkut rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan.

Pada Isnin ketika orang lain masih dalam cuti Tahun Baru Cina,Perdana Menteri meluangkan masa melawat Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP)-Hospital Selayang di Jalan Kuching,Kuala Lumpur.

Tujuan untuk melihat lebih dekat operasi pusat berkenaan yang menawarkan perkhidmatan serendah RM103 atau percuma kepada golongan sangat kurang berkemampuan tanpa kira kaun dan agama.

Lawatan Najib ke situ diiringi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengejutkan kalangan pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di pusat itu.

Rata-rata pesakit kelihatan teruja kerana tidak menyangka pemimpin nombor satu negara itu hadir dan bertanya khabar serta masalah kepada mereka.

Pesakit dan kakitangan tidak melepaskan peluang untuk bersua muka selain berswafoto.

Apa yang menarik hasil dari lawatan itu Perdana Menteri telah umum khabar gembira beri tambahan peruntukan RM3 juta kepada pusat itu bagi meningkatkan kemudahan.

Katanya ia bagi membolehkan pusat itu membeli peralatan canggih untuk meningkatkan lagi perkhidmatannya.

"Saya begitu kagum dengan perkhidmatan di sini di mana saya difahamkan, dalam satu hari lebih kurang 30 pesakit diberi rawatan secara efisyen," kata Najib dalam ucapan ringkas di akhir lawatan ke pusat katarak itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa membuktikan bahawa rakyat mesti didahulukan dalam pelbagai aspek termasuk kesihatan.

Najib melawat setiap tingkat di bangunan tiga tingkat itu sambil diiberi penerangan oleh Ketua Oftalmologi, Dr Nor Fariza Ngah mengenai perkhidmatan yang ditawarkan pusat katarak yang memulakan operasi sejak 16 Jan 2013.

Ketika pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lepas di Dewan Rakyat, Perdana Menteri kata kerajaan memperuntukkan RM27 bilion bagi sektor perubatan untuk pembinaan hospital baharu dan menaik taraf kemudahan wad, bekalan ubat serta sokongan perubatan.

"Kita (kerajaan) akan teruskan usaha seperti ini. Saya percaya pengumuman (peruntukan) ini akan bantu kakitangan pusat katarak ini beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat," kata Najib.

Dalam pada itu, Najib mahu kakitangan pusat katarak itu memberi layanan sama rata kepada pesakit bukan Islam walaupun pusat itu merupakan kerjasama antara MAIWP dan Kementerian Kesihatan kerana beliau mahu semua lapisan masyarakat menikmati kemudahan tersebut.

Pusat itu dikendalikan oleh tujuh pegawai perubatan, sembilan jururawat dan seorang pakar oftalmologi dan ia beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, pesara kerajaan, Sulaiman Hijes, 61, melahirkan kepuasan dengan perkhidmatan yang diberikan di pusat berkenaan selain berkongsi perbualan bersama Najib iaitu beliau mahu pusat itu dikekalkan di lokasi tersebut.

"Kesempatan bertemu Perdana Menteri tadi beri peluang saya mewakili hasrat pesakit lain, kalau boleh tambah keluasan pusat ini untuk keselesaan pesakit,? katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham, dalam Facebooknya, berkata pusat itu menerima 12,100 pesakit sejak ditubuhkan 2013.

"Pesakit hanya perlu membayar RM103 untuk pembedahan, manakala pesakit kurang kemampuan adalah diberi rawatan percuma. Ini berbanding caj rawatan sekurang-kurangnya RM3,000 sehingga berbelas ribu jika dijalankan di hospital atau klinik mata swasta," katanya.

Beliau berkata pusat itu adalah contoh kerjasama pintar yang strategik antara MAIWP dan Kementerian Kesihatan.

MAIWP menyumbang dana bagi membangunkan lot kedai untuk dijadikan pusat itu serta menyediakan peralatan canggih untuk pembedahan katarak manakala kementerian pula menyediakan pasukan kepakaran mata untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat pada kadar sangat berpatutan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana